Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Indeks Jenayah Turun 14 2 Peratus Kpn

Diterbitkan: 16 Jun 2014 12.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
MUAR 7 Ogos - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, indeks jenayah di negara ini telah menunjukkan penurunan ketara sebanyak 14.2 peratus dalam tempoh bermula Januari sehingga Jun lalu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/indeks-jenayah-turun-14-2-peratus-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:06 MYT

MUAR 7 Ogos - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, indeks jenayah di negara ini telah menunjukkan penurunan ketara sebanyak 14.2 peratus dalam tempoh bermula Januari sehingga Jun lalu.

Beliau berkata, sebanyak 88,350 kes dicatatkan dalam tempoh tersebut pada tahun ini berbanding 103,414 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

"Kadar kes jenayah jalanan pula turun kepada 12,233 kes enam bulan pertama tahun ini berbanding 19,349 kes pada tempoh yang sama tahun lepas, iaitu penurunan sebanyak 36.6 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Murni Cegah Jenayah Peringkat Kebangsaan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.

Menurut Musa, pada mulanya, pihaknya menyasarkan penurunan kes sebanyak 10,000 kes tetapi hasil usaha gigih dijalankan telah berjaya mencatatkan 14,644 kes dalam tempoh berkenaan.

Dalam kes jenayah jalanan pula, polis berjaya mengurangkan sebanyak 7,607 kes berbanding sasaran 7,033 kes.

"Jika kita dapat mengekalkan momentum ini, kes-kes jenayah akan terus dikurangkan dalam tempoh tahun ini dan mencapai sasaran ditetapkan," jelasnya.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 12.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM