Polis Serbu Lubuk Pelacuran
KUALA
LUMPUR, 31 Julai 2010 -- Lima wanita warga China dan dua lelaki
tempatan yang menjadikan sebuah kelab karaoke mewah sebagai lubuk
pelacuran ditahan dalam satu serbuan polis di Petaling Jaya lewat malam
Jumaat.
Seorang
anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan
Kongsi Gelap (D7) Petaling Jaya yang dihubungi hari ini berkata wanita
warga China berumur 22 hingga 26 tahun dan dua lelaki tempatan berumur
30 dan 37 tahun yang bertindak sebagai bapa ayam itu ditahan dalam
serbuan pukul 11 malam.
"Dalam
operasi kira-kira dua jam itu, tindakan menyerbu kelab di tingkat lima
dan enam bersebelahan hotel empat bintang itu dipercayai dapat dihidu
lebih awal, ekoran beberapa pelacur dapat meloloskan diri melalui lorong
tikus menghubungkan tangga kecemasan yang disembunyikan berhampiran
tandas kelab terbabit," katanya.
Katanya,
ketika serbuan pihak pengurusan kelab bagaimanapun menafikan wujudnya
kegiatan pelacuran terbabit memandangkan kelab itu mempunyai pengaruh
orang kenamaan serta dikujungi oleh ramai VVIP dan mendakwa kegiatan
pelacuran dilakukan oleh pekerja-pekerjanya yang ingin mengambil
kesempatan.
Difahamkan,
pelacur kelas atasan itu menerima bayaran sekitar RM400 hingga RM500
untuk layanan di bilik karaoke bagi 'sesi perkenalan' sebelum dibawa ke
hotel bersebelahan dengan bayaran lebih mahal bagi perkhidmatan seks
yang mengikut jam, katanya.
"Kesemua
wanita itu ditahan mengikut Seksyen 39 (b), peraturan Imigresen 1963
kerana melanggar syarat pas lawatan sosial manakala dua lelaki tempatan
itu ditahan mengikut Seksyen 55B, Akta Imigresen 1959 dan di bawa ke IPD
Petaling Jaya untuk siasatan lanjut," katanya.