Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

265 Suspek Diberkas Di Bawah Op Jihad Perangi Dadah Langkawi

Published: 22 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Op Jihad Perangi Dadah yang dilancarkan 4 Sept lepas hingga hari ini berjaya menahan 265 suspek termasuk lima yang disyaki pengedar utama di pulau ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/265-suspek-diberkas-di-bawah-op-jihad-perangi-dadah-langkawi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:09 MYT

Langkawi, 22 Okt - Op Jihad Perangi Dadah yang dilancarkan 4 Sept lepas hingga hari ini berjaya menahan 265 suspek termasuk lima yang disyaki pengedar utama di pulau ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Che Ghazali Che Awang berkata dalam tempoh itu, polis turut merampas 6.04kg heroin, 236.22gm syabu, 24.7gm ganja, 1kg daun ketum, 25gm serbuk ketum dan 1.7 liter air ketum.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata kejayaan terbaru operasi ini dicatat empat hari lepas di mana 44 suspek telah diberkas di kawasan Taman Nilam di sini.

Menurutnya, suspek yang disyaki pengedar dadah disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39(A) akta sama manakala yang menagih pula disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983.

Katanya, berikutan penangkapan ramai pengedar dan penagih dadah, Langkawi turut mengalami penurunan dalam jumlah kes jenayah harta benda seperti kecurian motosikal dan pecah rumah.

- BERNAMA

ArticlePublished 22 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM