Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejayaan Menumpaskan Sindiket Dadah Yang Bergiat Aktif Di Kawasan Pontian Johor

Diterbitkan: 22 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bertindak atas maklumat risikan pada 09 Oktober 2015 jam lebih kurang 4.45 petang, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Johor telah melancarkan satu Operasi Khas di kawasan Kayu Ara Pasong, Pontian dan berjaya mematahkan satu sindiket pengedaran dadah jenis heroin dengan tertangkapnya dua orang lelaki.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejayaan-menumpaskan-sindiket-dadah-yang-bergiat-aktif-di-kawasan-pontian-johor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 08:13 MYT

Bertindak atas maklumat risikan pada 09 Oktober 2015 jam lebih kurang 4.45 petang, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Johor telah melancarkan satu Operasi Khas di kawasan Kayu Ara Pasong, Pontian dan berjaya mematahkan satu sindiket pengedaran dadah jenis heroin dengan tertangkapnya dua orang lelaki.

Dalam operasi ini, pihak polis berjaya merampas sebanyak 10.2 kilogram heroin dan 95.9 gram syabu. Jumlah nilai rampasan dadah ini adalah sebanyak RM 388,000/=. Turut dirampas dan disita sebuah kereta, wang tunai dan barang kemas berjumlah RM35,000/= dipercayai wang hasil dari pengedaran dadah.
Maklumat risikan mendedahkan dadah yang dirampas ini adalah untuk pasaran tempatan dan ia mampu digunakan oleh seramai 34,000 orang penagih.

Kedua-dua tangkapan ini berumur dalam lingkungan 45 tahun dan 54 tahun. Ujian saringan awal urin dapati kedua-dua adalah positif dadah dan salah seorang mempunyai rekod lampau.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

TANGKAPAN SEORANG PENGEDAR DADAH SERTA MERAMPAS (2) LARAS SENAPANG ANGIN.

Bertindak atas maklumat risikan pada 16 Oktober 2015 jam lebih kurang 4.30 petang, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Seri Alam telah berjaya menangkap seorang lelaki dalam sebuah rumah di kawasan Ulu Tiram dan berjaya merampas (3) peket dadah syabu anggaran berat 73 gram dengan nilai rampasan sebanyak RM 9,500/=. Dalam operasi yang sama, polis turut merampas (2) laras senapang angin (buatan sendiri), (548) biji peluru, (2) bilah parang, (2) pisau lipat dan (1) buku lima.

Tangkapan ini berumur 35 tahun dan mempunyai satu rekod jenayah pecah rumah. Hasil ujian saringan urin dapati positif dadah.

Kes dadah ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Manakala kes senjata akan disiasat di bawah Sek. 36(1) Akta Senjata 1960 & Sek. 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958. Saspek kini ditahan reman selama 6 hari sehingga 22 Oktober 2015.
Kejayaan Menumpaskan Sindiket Dadah Yang Bergiat Aktif Di Kawasan Pontian Johor

ArtikelDiterbitkan 22 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM