Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

26 Jentera Berat Dirampas Lima Ditahan

Published: 18 Jun 2014 6.27 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
Operasi Cantas Lejang Polis Temerloh bersama gabungan pasukan 'Task Force' Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang dan IPD Temerloh membuahkan hasil apabila berjaya memberkas empat lelaki melayu dan seora..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/26-jentera-berat-dirampas-lima-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:00 MYT

Operasi Cantas Lejang Polis Temerloh bersama gabungan pasukan 'Task Force' Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang dan IPD Temerloh membuahkan hasil apabila berjaya memberkas empat lelaki melayu dan seorang lelaki Cina bagi membantu siasatan kes kecurian jentera berat.

Siasatan ke atas tangkapan telah membawa kepada kejayaan merampas 26 jentera berat terdiri daripada 23 Back Hoe jenis Case, dua jenis JCB dan sebuah excavator. Kesemua jentera dianggarkan bernilai RM2.6 juta.

Berikutan penangkapan itu, pihak polis berjaya melumpuhkan kumpulan yang mengeluarkan dokumen-dokumen kenderaan palsu seperti geran dan cukai jalan. Beberapa peralatan dan dokumen palsu turut dirampas.

Dengan tertumpasnya kumpulan terbabit, pihak polis berjaya menyelesaikan 20 kes kecurian jentera berat yang dilaporkan di beberapa negeri iaitu Pahang dua kes, Selangor sembilan kes, Johor lima kes, Kuala Lumpur tiga kes dan Perak satu kes. Manakala baki enam buah jentera tidak dapat dipastikan berikutan 'usikan teruk' pada nombor enjin dan casis.

Siasatan juga mendapati kumpulan terbabit terlibat dalam tiga kes samun di Kajang, Selangor.

Semasa sidang media pagi tadi, Dato' Sharifuddin Ab Ghani, Ketua Polis Pahang menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membendung dan membanteras jenayah khususnya di Pahang.

26 Jentera Berat Dirampas Lima Ditahan

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang
ArticlePublished 18 Jun 2014 6.27 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM