Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Indek Jenayah Di Sabah Menurun

Diterbitkan: 18 Jun 2014 6.28 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.35 PM
Penampang, 12 Dis - Indeks jenayah di Sabah setakat ini menurun 4.5 peratus, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/indek-jenayah-di-sabah-menurun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:39 MYT

Penampang, 12 Dis - Indeks jenayah di Sabah setakat ini menurun 4.5 peratus, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Menurut beliau, jika prestasi berkenaan kekal sehingga akhir tahun ini, maka Sabah akan mencatat penurunan indeks jenayah untuk empat berturut-turut sejak 2010.

"Harapan kita sehingga hujung tahun ini penurunan kadar jenayah ini akan dapat dikekalkan kerana ia bukan suatu kerja yang mudah tetapi yang penting rakyat merasa selamat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Community Policing, 'Fear of Crime' di Perkarangan Tugu Datuk Peter Majontin, Pekan Donggongon, dekat sini hari ini.

Mengenai program 'Fear of Crime' itu, Hamza berkata ia merupakan satu daripada program di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk meningkatkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), pasukan polis.

Katanya berdasarkan KPI berkenaan prestasi polis akan dinilai oleh sebuah badan bebas dengan mengambil kira pandangan keseluruhan rakyat dan bukan penilaian oleh kontinjen semata-mata.

Terdahulu dalam ucapannya Hamza berkata, dari Januari hingga November tahun ini, daerah Penampang merekodkan 661 kes jenayah berbanding 672 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 6.28 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.35 PM