Article
24 Warga Indonesia Dan Tiga Tekong Ditahan Dalam Operasi Mar
Polis Marin menahan 24 warga Indonesia dalam satu operasi di perairan laut berhampiran Sungai Haji Dorani, Sungai Besar di sini Selasa, ketika kumpulan itu cub...
Polis Marin menahan 24 warga
Indonesia dalam satu operasi di perairan laut berhampiran Sungai Haji
Dorani, Sungai Besar di sini Selasa, ketika kumpulan itu cuba menyeludup
keluar dan masuk ke negara ini.
Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang DSP Norzaid Muhammad Said berkata turut ditahan dalam operasi pukul 1 pagi itu ialah tiga tekong termasuk seorang tekong darat.
"Kesemua warga Indonesia itu termasuk tiga wanita yang berumur antara 18 dan 35 tahun ditahan ketika mereka dalam proses berpindah sampan di tengah laut," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya siasatan awal mendapati 16 orang yang ingin keluar dari Malaysia dibawa dengan sampan ke tengah laut untuk dipindahkan ke bot pom-pom yang membawa lapan orang yang ingin masuk ke negara ini.
Norzaid berkata siasatan juga mendapati rakyat asing itu membayar wang tunai kira-kira RM400 setiap seorang kepada sindiket terbabit.
Hasil pemeriksaan turut mendapati kebanyakan warga asing yang ditahan itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan ada yang pernah bekerja di negara ini, katanya.
Norzaid berkata kesemua rakyat asing itu ditahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan tekong pula di bawah Seksyen 56 (1)(c) akta yang sama.