Polis Terengganu Tumpas Dua Sindiket Curi Motosikal
KUALA
TERENGGANU, 24 Jan (Bernama) -- Polis berjaya menumpaskan kegiatan satu
kumpulan curi motosikal yang dipercayai bergerak aktif di Terengganu
dan Pahang sejak beberapa bulan lalu, selepas lapan lelaki kebanyakannya
remaja, ditahan di Kemaman, tiga hari lepas.
Timbalan
Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Md Jamil berkata, kesemua mereka
yang berumur antara 17 dan 26 tahun itu ditahan di kawasan Geliga,
Kemaman kira-kira pukul 3 petang hasil maklumat orang awam.
Beliau
berkata polis turut menemui semula sebuah motosikal yang dipercayai
dicuri, serta pelbagai komponen motosikal ekoran penahanan itu.
"Dengan
penahanan mereka, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangny
10 kes kecurian motosikal di Kemaman serta Beserah, Pahang, dan polis
masih berusaha mengesan beberapa lagi anggota kumpulan itu," katanya
pada satu persidangan media di sini Isnin.
Sementara
itu merujuk kepada penahanan empat lelaki berumur antara 18 dan 37
tahun dalam satu sekatan jalan raya semasa Ops Poket di Pasir Akar Hulu
Terengganu ekoran penemuan tiga laras senapang angin dan 275 bebola
Sabtu lepas, Hamzah berkata seorang petani berumur 38 tahun ditahan di
rumahnya di Kampung Permaisuri, Setiu, semalam bagi membantu siasatan.
Beliau
berkata siasatan awal mendapati lelaki yang berumur 38 tahun itu
bertanggungjawab membuat senapang angin berkenaan, dan dia sedang
disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.