Article
214 Premis Judi Haram Diserbu Sekitar Klang
Klang - 18 Mei 2009. Polis kini memantau secara serius kewujudan premis perjudian haram apabila 214 premis diserbu melibatkan 1,991 rampasan mesin slot bernila...
Ketua Polis Daerah Klang, YDH ACP Mohamed Mat Yusof berkata, dalam operasi terkini sejak Jumaat lalu, di sekitar Kapar, Sungai Kapar Indah, Bukit Tinggi dan Pelabuhan Klang, sebanyak 107 serbuan dibuat melibatkan tangkapan seramai 36 pemain termasuk penjaga premis.
Polis juga percaya premis-premis haram tebabit didalangi sindiket-sindiket tertentu yang bersembunyi di sebalik perniagaan komputer tertutup. Bagi mengelakkan operasi dihidu pihak berkuasa, mereka melengkapkan premis dengan Kamera Litar Tertutup (CCTV) serta pintu automatik.
"Serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam sama ada memalui dialog, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan surat. Kebanyakan aduan diterima daripada isteri tentangkegilaan suami yang minat berjudi," kata YDH ACP Mohamed Mat Yusof pada sidang akhbar semalam.
"Sesetengah pemain yang ditangkap juga merupakan orang yang dikehendaki polis dalam beberapa kes jenayah berdasarkan pengenalan diri mereka" katanya.