Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pusat Transit Edar Dadah Stor Kereta Diserbu

Diterbitkan: 13 Jun 2014 1.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Georgetown - 20 Mei 2009. Cubaan lima lelaki menjadikan sebuah pusat menyimpan kereta tarik sebagai transit pengedaran dadah jenis ganja mampat bernilai RM900,000, gagal selepas diserbu di Bagan Dalam..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pusat-transit-edar-dadah-stor-kereta-diserbu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:05 MYT

Georgetown - 20 Mei 2009. Cubaan lima lelaki menjadikan sebuah pusat menyimpan kereta tarik sebagai transit pengedaran dadah jenis ganja mampat bernilai RM900,000, gagal selepas diserbu di Bagan Dalam, Butterworth, Seberang Prai di sini kelmarin.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 12 tengah hari itu membabitkan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Kedah dan Pulau Pinang, hasil risikan dan pemantauan sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, YDH Dato' Ayub Yaakub, berkata dalam serbuan itu sebuah premis menyimpan kereta tidak menjelaskan ansuran bulanan, cuba dijadikan sebagai pusat pengedaran dadah.

Bagaimanapun, beliau berkata, serbuan dilakukan berjaya mengepung kawasan berkenaan apabila sebuah kereta Proton Waja dinaiki tiga lelaki memasuki premis berkenaan.

Sejurus kereta terbabit masuk ke dalam premis berkenaan, serbuan secara mengejut dilakukan menyebabkan ketiga-tiga suspek cuba melarikan diri dan bertindak agresif. Dalam kejadian itu, berlaku sedikit pergelutan antara polis dan suspek namun akhirnya mereka tumpas dan ketiga-tiganya ditahan.

Turut menemui 10 guni berisi ketulan mampat ganja dengan lima daripadanya ditemui dalam but kereta manakala lima lagi di tempat duduk belakang. Ketika pemeriksaan dilakukan, sebuah kereta Nissan Sentra dinaiki dua lelaki dipercayai rakan penjenayah turut ditahan.

Hasil pemeriksaan, semua suspek berusia antara 25 hingga 35 tahun itu bekerja sebagai penarik kereta dan pemeriksaan ke atas kedua-dua kereta terbabit akhirnya berjaya menemui 227 kilogram dadah jenis ganja mampat.

"Siasatan lanjut mendapati sejumlah 240 ketul ganja bernilai RM900,000 itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk diedarkan di pasaran selatan Pulau Pinang dan Lembah Klang," kato YDH Dato' Ayub Yaakub dalam sidang media yang diadakan.

Menurutnya, semua mereka kini ditahan reman untuk tindakan lanjut dan siasatan awal mendapati premis berkenaan dijadikan transit pengedaran dadah.

Beliau berkata, siasatan ke atas semua suspek mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Katanya, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.

YDH Dato' Ayub berkata, turut disita kedua-dua kereta Proton Waja dan Nissan Sentra serta RM15,000 dalam rampasan terbesar dilakukan pihak polis pada tahun ini.

Polis turut menjalankan pemeriksaan termasuk ujian air kencing ke atas 15 pekerja premis berkenaan.

"Risikan dan siasatan berterusan akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengenal pasti pembabitan mereka yang menggunakan premis itu bagi aktiviti jenayah. Polis juga menyiasat kereta digunakan penjenayah sama ada kereta ditarik atau dicuri ataupun hasil jualan dadah dilakukan," katanya.

Ayub berkata, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan, 583 penagih dadah, 155 orang memiliki dadah dan 12 orang mengedar dadah berjaya ditahan dalam operasi itu.


Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu juga, 227,109.52 gram dadah jenis ganja, 402.74 gram (heroin), 18.54 gram (syahbu), 112.2 gram (ketamin); 329 biji (eramin 5); 38.1 (pil psikotropik); 20 biji (Esctacy); 141 (pil WY) dan 0.5 gram (serbuk dadah).

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 1.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM