Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

258 Kilogram Ganja Dirampas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 1.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Shah Alam - 19 Mei 2009. Polis Selangor merampas 258 kilogram ganja bernilai RM720,000 selepas menangkap empat lelaki dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Gombak dan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/258-kilogram-ganja-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:42 MYT

Shah Alam - 19 Mei 2009. Polis Selangor merampas 258 kilogram ganja bernilai RM720,000 selepas menangkap empat lelaki dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Gombak dan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, kelmarin.

Selain rampasan ganja terbesar di Selangor setakat ini, polis menemui 870 gram syabu bernilai RM44,000 dan wang tunai RM3,000. Polis turut menyita dua kereta Volvo dan sebuah kereta Proton Satria selain sebuah motosikal dipercayai milik suspek.

Ketua Polis Selangor, YDH Dato' Khalid Abu Bakar, berkata rampasan pertama dibuat selepas dua lelaki bermotosikal yang membawa beg kain berisi dua ketulan mampat ganja dua kilogram ditahan di Jalan Gombak, jam 7.15 petang.

Beliau berkata, susulan tangkapan dua lelaki yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta dan pemandu lori itu, polis menahan dua lagi lelaki di Taman Sri Gombak, setengah jam kemudian.

"Hasil soal siasat suspek peniaga kantin dan juruteknik itu membawa polis ke sebuah rumah dua tingkat di Bukit Antarabangsa yang baru disewa mereka seminggu lalu. Pemeriksaan di sebuah bilik kecil di tingkat bawah rumah menemui 270 ketulan ganja mampat seberat 256 kilogram, syabu dan wang tunai RM3,000," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya percaya empat lelaki yang berusia 30 tahun hingga 41 tahun itu adalah anggota kumpulan pengedaran dadah yang baru beroperasi di Lembah Klang, tiga bulan lalu.

Rumah dua tingkat di Bukit Antarabangsa itu pula dijadikan stor menyimpan dadah yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran.

Semua suspek yang ditahan direman enam hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 1.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM