Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

2 Ditembak Mati

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) IPK Kuala Lumpur telah menyerbu bilik penginapan susupek di tingkat satu hotel berkenaan. Sejurus menyedari kehadiran polis, suspek telah melepaskan be..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/2-ditembak-mati
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:17 MYT

Kajang - 26 September 2009. Persembunyian dua penjenayah yang dikehendaki polis berhubung rompakan di sebuah kedai emas di Taman Connaught Cheras, Isnin lalu, berakhir apabila mereka ditembak mati di sebuah hotel di Taman Jasmin, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Dato' Ku Chin Wah berkata, pihaknya dapat mengenal pasti wajah suspek yang tidak bertopeng melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai emas itu. Polis juga memperolehi petunjuk lalin melalui satu kes samun kereta Honda Civic di Kepong yang turut dilakukan suspek  selain memeriksa pendaftaran masuk di hotel berkenaan, sehari sebelum mereka melakukan rompakan.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) IPK Kuala Lumpur telah menyerbu bilik penginapan susupek di tingkat satu hotel berkenaan. Sejurus menyedari kehadiran polis, suspek telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis dan pihak polis telah berbalas tembakan terhadap susupek memyebabkan mereka mati serta merta ditempat kejadian.

Pihak polis berjaya merampas dua pucuk pistol jenis .38 semi auto dan 9mm Smith & Wesson dan masih memburu seorang lagi rakan suspek  yang masih bebas. Siasatan polis mendapati suspek berusia 29 tahun memiliki enam rekod jenayah manakala rakannya berusia 49 tahun amat dikehendaki berkaitan kes samun selain memiliki empat rekod dadah dan samun.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM