Kumpulan Culik Tumpas
Johor
Bahru - 25 September 2009. Polis Johor berjaya menahan sekumpulan
lelaki termasuk seorang wanita dipercayai suspek kes penculikan seorang
lelaki ahli perniagaan berusia 51 tahun di Kangkar Pulai dua minggu lalu
dengan menuntut wang tebusan RM280,000.
Ketua
Polis Johor, CP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff berkata, bertindak
di atas maklumat dan risikan, polis berjaya menangkap suspek-suspek
berumur lingkungan 21 tahun dan 46 tahun. Berikutan penahanan suspek,
sejumlah wang tebusan RM104,950 telah dirampas.
Kesemua
10 suspek di dakwa di mahkamah pagi semalam mengikut Seksyen 3 Akta
Penculikan 1961 yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau
penjara seumur hidup dan sebatan.