Artikel
15 Ogos 2011 Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Polis Negara
Sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Polis Negara, YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim...
Cheras
- 15 Ogos 2011. Dalam suasana gerimis, bertempat di Masjid Al Amin,
Briged Tengah PGA Cheras, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan
Ketenteraman Awam telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama YDH IG
Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
Hadir sama ialah YBhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri,
Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan
Ketua Polis Negara bersama YBhg. Datin Sri Imran binti Hatim, YDH CP
Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA bersama Y.Bhg Datin
Puziah binti Bahari, YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha
Polis Malaysia (SUPM), Pegawai-pegawai Kanan dan anggota serta Pegawai
Awam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.
Sempena
Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Polis Negara, YDH IG Tan Sri Haji
Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YBhg. Puan Sri Hajah
Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia juga telah
menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Amal
Peribadi Mulia Kajang dan juga menyampaikan sumbangan dana untuk rumah
anak yatim tersebut.
Satelah selesai Solat Isyak, jemaah telah mengadakan sembahyang terawih dan juga bacaan tahlil serta doa selamat.
Gambar-gambar solat terawih dan bacaan tahlil serta doa selamat




Sekitar majlis penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim...




Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Satelah selesai Solat Isyak, jemaah telah mengadakan sembahyang terawih dan juga bacaan tahlil serta doa selamat.
Gambar-gambar solat terawih dan bacaan tahlil serta doa selamat
Sekitar majlis penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim...
Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan