Selamat Kembali Ke Tanah Air Wira Wira Pdrm
KLIA Sepang - 13 Ogos 2011. Seramai 14 orang pegawai dan anggota yang telah berkhidmat selama dua belas bulan bermula 11 Ogos 2010 hingga 13 Ogos 2011 di Misi UNMIT Timor Leste telah selamat tiba di Kuala Lumpur International Airport pada jam 10.00 malam ini.
Turut hadir menyambut kepulangan wira-wira negara ini YDH DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan(Latihan), YDH ACP Tuan Anuar bin Othman, Penolong Pengarah Pengurusan(Pentadbiran), YDH Supt. Che Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Turus Istiadat dan YDH Supt. Imran bin Abdul Rahman, Ketua Polis Daerah Sepang.
Pegawai dan anggota yang baru saja tiba ini telah bertugas sebagai 'Duta Kecil' negara dalam membantu aspek pemulihan dan pembangunan semula kestabilan keadaan di Timor Leste di bawah mandat United Nations Integrated Mission In Timor Leste (UNMIT).
"Presiden Amerika Syarikat, John F. Keneddy di tahun 1960 pernah berkata, "Ask not what your country can do for you; ask what can you do for your country". Saya penuh yakin, sama ada sedar atau tidak, itulah semangat yang tuan-tuan bawa sewaktu terpilih mengikuti misi di Timor Leste.", ucap YDH DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan(Latihan).
"Kesemua ini, bukan sahaja telah dapat menonjolkan nama baik dan imej PDRM, tetapi juga, nama baik dan imej Negara kita, Malaysia.", ucap beliau lagi.
"Semoga pengiktirafan dan penghormatan daripada PBB dan Negara-negara lain, akan meningkatkan lagi semangat anggota-anggota PDRM dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang mencabar"
"Jadikanlah pengalaman yang ditimba sebagai motivasi untuk bekerja dengan lebih komited dan dedikasi." akhiri ucapan oleh YDH DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan(Latihan).

YDH DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan(Latihan) menyambut ketibaan Pegawai dan anggota PDRM dari misi pengaman PBB Timor Leste (UNMIT).

YDH DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan(Latihan) memberi ucapan sempena menyambut kepulangan Pegawai dan anggota misi pengaman PBB Timor Leste (UNMIT)

Pegawai dan anggota misi pengaman PBB Timor Leste memberi tumpuan mendengar ucapan daripada YDH DCP Dato' Abdul Rahim.

Pegawai dan anggota PDRM dari misi pengaman PBB Timor Leste (UNMIT) memberi cenderamata kepada YDH DCP Dato' Abdul Rahim sebagai kenang-kenangan.
Jurufoto : L/Kpl Fansus
Wartawan : Konst Raymond