Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

11 8 Tan Gula Cuba Diseludup Dirampas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hasil daripada serbuan itu, sejumlah 5,544 paket gula pasir seberat dua kilogram ditemui dalam kenderaan terbabit. Pihak polis juga menahan tujuh lelaki bersama dua buah lori..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/11-8-tan-gula-cuba-diseludup-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:13 MYT

Lundu, Sarawak - 6 September 2009.  Polis daerah Lundu berjaya mematahkan cubaan menyeludup 11.8 tan gula pasir dari negara jiran menerusi sempadan Biawak - Kalimantan barat pada pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Wong Chee Keong berkata, bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota polis terdiri daripada 14 anggota dikejarkan ke lokasi berhampiran bangunan Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Biawak kira-kira jam 10.30 malam.

Satelah melihat tonto daripada kumpulan terbabit cuba memasuki kawasan sempadan menerusi CIQ, pasukan polis bertindak menyerbu suspek dan berjaya menahan mereka. Hasil daripada serbuan itu, sejumlah 5,544 paket gula pasir seberat dua kilogram ditemui dalam kenderaan terbabit. Pihak polis juga menahan tujuh lelaki bersama dua buah lori, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah pick up.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM