Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejayaan Tangkapan Dan Rampasan Dadah Jsjn Bukit Aman

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sungai Petani, Kedah – 26hb Ogos 2009, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah telah berjaya menumpaskan satu rangkaian sindiket pengedara..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejayaan-tangkapan-dan-rampasan-dadah-jsjn-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:25 MYT
                           KEJAYAAN TANGKAPAN DAN RAMPASAN DADAH

JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK BUKIT AMAN

 

Sungai Petani, Kedah - 26hb Ogos 2009, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah telah berjaya menumpaskan satu rangkaian sindiket pengedaran dadah jenis Heroin dan Ketamine yang menjadikan Utara Semenanjung sebagai pusat operasi pengedaran mereka. Kejayaan ini berikutan lima (5) serbuan serentak yang dilakukan disekitar Sungai Petani, Lunas dan Sungai Dua, Pulau Pinang yang membawa kepada penahanan lima lelaki India, tiga daripadanya merupakan adik beradik.

 

2.         Dalam serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman turut berjaya merampas dadah jenis Heroin seberat 4.15 kilogram, 990 gram dadah jenis Ketamin dan sebuah kereta jenis Waja. Dalam serbuan pertama di hadapan bangunan Park Avenue Hotel, Sungai Petani telah berjaya menangkap satu lelaki india dan merampas 4.15 kilogram dadah jenis Heroin serta sebuah kereta jenis Waja. Serbuan kedua keatas sebuah rumah di Taman Merbau, Sungai Dua, Pulau Pinang berjaya merampas dadah jenis Ketamin seberat 990 gram serta alat membungkus dadah seperti alat sealer dan alat penimpang.

 

3.         Dalam serbuan awal pagi itu, pihak Polis  telah menangkap 2 lelaki di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatory dan tiga yang lain ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

 

4.         Pihak Polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti ahli-ahli lain yang terlibat dan mengenalpasti dari mana bekalan dadah tersebut diperolehi.

 

 

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM