11 8 Tan Gula Cuba Diseludup Dirampas
Lundu,
Sarawak - 6 September 2009. Polis daerah Lundu berjaya mematahkan
cubaan menyeludup 11.8 tan gula pasir dari negara jiran menerusi
sempadan Biawak - Kalimantan barat pada pagi semalam.
Ketua
Polis Daerah Lundu, DSP Wong Chee Keong berkata, bertindak atas
maklumat awam, sepasukan anggota polis terdiri daripada 14 anggota
dikejarkan ke lokasi berhampiran bangunan Kompleks Kastam dan Imigresen
(CIQ) Biawak kira-kira jam 10.30 malam.
Satelah
melihat tonto daripada kumpulan terbabit cuba memasuki kawasan sempadan
menerusi CIQ, pasukan polis bertindak menyerbu suspek dan berjaya
menahan mereka. Hasil daripada serbuan itu, sejumlah 5,544 paket gula
pasir seberat dua kilogram ditemui dalam kenderaan terbabit. Pihak polis
juga menahan tujuh lelaki bersama dua buah lori, sebuah kenderaan
pacuan empat roda dan sebuah pick up.