Tindakan
bijak seorang gadis warga Vietnam yang menghubungi rakannya di sini,
berjaya menyelamatkannya dan 107 rakyat negara itu daripada dipaksa
menjadi pekerja seks dalam dua serbuan serentak baru-baru ini.
Kesemua
mangsa termasuk dua remaja berusia 16 tahun diselamatkan dalam serbuan
oleh 38 pegawai dan anggota Cawangan Pencegahan Bahagian Kongsi Gelap,
Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang diketuai oleh Supritendan Ang Ah
Bah.
Ah Bah
berkata, serbuan dilakukan selepas polis bertindak atas maklumat
berhubung kegiatan sindiket yang memperdaya gadis dari Vietnam dengan
menawarkan pekerjaan tetapi setibanya di sini, mereka dijadikan gadis
pelayan pelanggan (GRO) dan pekerja seks,
Kesemua
mereka ditahan dan dibawa ke ibu Pejabat Daerah (IPD) Manjung untuk
siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan
Penyeludupan Migran 2007.

Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
108 Pelacur Vietnam Diselamatkan
Tindakan bijak seorang gadis warga Vietnam yang menghubungi rakannya di sini, berjaya menyelamatkannya dan 107 rakyat negara itu daripada dipaksa menjadi pekerja seks dalam dua serbuan serentak baru-b..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/108-pelacur-vietnam-diselamatkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.