Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

108 Pelacur Vietnam Diselamatkan

Published: 18 Jun 2014 7.33 AM Updated: 15 Aug 2026 6.28 PM
Tindakan bijak seorang gadis warga Vietnam yang menghubungi rakannya di sini, berjaya menyelamatkannya dan 107 rakyat negara itu daripada dipaksa menjadi pekerja seks dalam dua serbuan serentak baru-b..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/108-pelacur-vietnam-diselamatkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:48 MYT

Tindakan bijak seorang gadis warga Vietnam yang menghubungi rakannya di sini, berjaya menyelamatkannya dan 107 rakyat negara itu daripada dipaksa menjadi pekerja seks dalam dua serbuan serentak baru-baru ini.

Kesemua mangsa termasuk dua remaja berusia 16 tahun diselamatkan dalam serbuan oleh 38 pegawai dan anggota Cawangan Pencegahan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang diketuai oleh Supritendan Ang Ah Bah.

Ah Bah berkata, serbuan dilakukan selepas polis bertindak atas maklumat berhubung kegiatan sindiket yang memperdaya gadis dari Vietnam dengan menawarkan pekerjaan tetapi setibanya di sini, mereka dijadikan gadis pelayan pelanggan (GRO) dan pekerja seks,

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke ibu Pejabat Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

108 Pelacur Vietnam Diselamatkan


Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia

ArticlePublished 18 Jun 2014 7.33 AMUpdated 15 Aug 2026 6.28 PM