Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

1 600 Anggota Polis Kawal Sambutan Thaipusam Di Ipoh

Published: 19 Jan 2016 7.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 19 Jan - Seramai 1,600 anggota polis akan ditugaskan mengawal keselamatan di sekitar Gunung Cheruh di sini yang menempatkan Kuil Arul Subramaniar sempena perayaan Thaipusam Ahad ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/1-600-anggota-polis-kawal-sambutan-thaipusam-di-ipoh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:21 MYT


Ipoh, 19 Jan - Seramai 1,600 anggota polis akan ditugaskan 
mengawal keselamatan di sekitar Gunung Cheruh di sini yang menempatkan Kuil Arul Subramaniar sempena perayaan Thaipusam Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata selain memastikan keselamatan terkawal, anggota berkenaan juga ditugaskan mengawal keadaan trafik kerana dianggar kira-kira 100,000 penganut Hindu dan pelancong akan membanjiri
kawasan sekitar kuil itu.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini, Sum berkata beberapa jalan akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat mulai 23 Jan ini bagi membolehkan perarakan Thaipusam berjalan lancar.

Antara jalan terlibat ialah susur Jalan Istana ke Jalan Raja Musa
Aziz, susur jalan dari bangunan Pejabat Tanah dan Galian, bulatan hospital dan Jalan Kuala Kangsar, katanya.

Beliau berkata masyarakat Hindu serta pelancong yang ingin ke Kuil Arul Subramaniar boleh meletak kenderaan mereka di Medan Ipoh Raya, Jalan Hospital, Raja Musa Aziz serta susur masuk dan keluar ke Perumahan Polis Padang Tembak.

Sum turut menasihati pengguna jalan raya agar menggunakan jalan alternatif untuk ke pusat bandar bagi mengelak kesesakan lalu lintas selain mematuhi arahan yang dikeluarkan anggota polis.- BERNAMA

ArticlePublished 19 Jan 2016 7.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM