Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Zazali Dilantik Ketua Jpjkk Kuala Lumpur Baharu

Published: 18 Mar 2016 6.56 AM Updated: 15 Aug 2026 7.31 PM
Kuala Lumpur, 18 Mac- Bekas Penolong Pengarah Kepolisan Am, Jabatan Siasatan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, SAC Zazali Hashim dilantik sebagai Ketua JPJKK Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/zazali-dilantik-ketua-jpjkk-kuala-lumpur-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:12 MYT

Kuala Lumpur, 18 Mac- Bekas Penolong Pengarah Kepolisan Am, Jabatan Siasatan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, SAC Zazali Hashim dilantik sebagai Ketua JPJKK Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.

Zazali yang dinaikkan pangkat kepada SAC baru-baru ini, menggantikan SAC Abdul Razak Abdul Majid yang bersara wajib pada 20 Mac ini.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abdul Hamid Mohd Ali.

Abdul Hamid berkata pihaknya berterima kasih terhadap segala jasa serta pengorbanan yang dicurahkan Abdul Razak sepanjang menjawat jawatan Ketua JPJKK Kuala Lumpur sejak Julai tahun lepas.

"Meskipun hanya sekejap beliau (Abdul Razak) menjawat jawatan Ketua JPJKK Kuala Lumpur, banyak program pencegahan jenayah yang telah dilaksanakannya.

"Tahniah kepada beliau (Abdul Razak) kerana berjaya menamatkan perkhidmatannya dengan begitu sempurna," kata Abdul Hamid ketika berucap pada majlis serah terima tugas Ketua JPJKK Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata pihaknya yakin kehadiran Zazali dapat membantu barisan kepimpinan polis Kuala Lumpur untuk terus maju.- BERNAMA

ArticlePublished 18 Mar 2016 6.56 AMUpdated 15 Aug 2026 7.31 PM