Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Termasuk Dalang Sindiket Ditahan

Diterbitkan: 18 Mar 2016 7.11 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.30 PM
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menumpaskan satu sindiket yang menjadikan rakyat tempatan ‘keldai’ untuk membuka lebih 200 akaun bank tempatan untuk diserahkan kepada sindiket itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-termasuk-dalang-sindiket-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:50 MYT

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menumpaskan satu sindiket yang menjadikan rakyat tempatan ‘keldai’ untuk membuka lebih 200 akaun bank tempatan untuk diserahkan kepada sindiket itu.

Dalam serbuan dilakukan awal tahun ini, polis juga menahan tiga lelaki, termasuk dalang sindiket terbabit iaitu warga Afrika serta beberapa pemilik asal akaun bank berkenaan yang dipercayai terbabit dalam pclbagai penipuan atas talian.

Sindiket yang didalangi warga Afrika itu, dibantu dua rakyat tempatan yang bertindak sebagai 'ketua penyelia' dan 'penyelia'.

Pemilik akaun dipercayai menerima bayaran antara RM100 hingga RM150 untuk satu akaun, manakala penyelia akan menjual buku akaun berkenaan kepada ketua penyelia dengan harga RM250.

Sumber: Berita Harian

Lelaki Termasuk Dalang Sindiket Ditahan

ArtikelDiterbitkan 18 Mar 2016 7.11 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.30 PM