Ceramah yang telah berlangsung selama satu jam setengah telah disampaikan oleh Ust. Ahmad Husni Bin Abd Rahman, Eksekutif Kanan, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP).
Tujuan ceramah ini diadakan untuk memberi kesedaran kepentingan zakat dan menerangkan sistem pembayaran dan pengagihan zakat yang dilakukan oleh PPZ MAIWP.
Turut hadir di ceramah tersebut ialah, YDH SAC Dato' Zaleha Binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH SAC Dato' Abdul Malek Bin Hj. Harun, Timbalan Pengarah JSJ (Forensik/Databank), Pegawai-pegawai Kanan dan Anggota-angota PDRM serta Pegawai-pegawai Awam Bukit Aman.

Ust. Ahmad Husni Bin Abd Rahman ketika menyampaikan ceramahnya.

Sekitar ceramah.

YDH SAC Dato' Zaleha Binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) dan YDH SAC Dato' Abdul Malek Bin Hj. Harun, Timbalan Pengarah JSJ (Forensik/Databank).

Sekitar ceramah.

SAC Dato’ Zaleha Binti Abdul Rahman menyampaikan cenderahati kepada Ust. Ahmad Husni Bin Abd Rahman.