Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

5 400 Bungkusan Hari Raya Ubat Rindu Di Hari Lebaran

Diterbitkan: 12 Jun 2014 7.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
BUKIT AMAN, 29 Julai - “Sebagai warga PDRM, kita dituntut untuk melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan keamanan dan keselamatan di mana juga ditugaskan. Pastinya pengorbanan tuan-tuan sekalian in..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/5-400-bungkusan-hari-raya-ubat-rindu-di-hari-lebaran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:13 MYT

BUKIT AMAN, 29 Julai - “Sebagai warga PDRM, kita dituntut untuk melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan keamanan dan keselamatan di mana juga ditugaskan. Pastinya pengorbanan tuan-tuan sekalian ini adalah satu ibadah yang amat mulia demi memastikan seluruh rakyat dan negara berada di dalam aman sejahtera ketika merayakan Aidilfitri nanti”, ujar YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dalam ucapan di Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM di Dewan Serbaguna PERKEP, Bukit Aman, pagi tadi.

Sebanyak 5,400 bungkusan Hari Raya telah diserahkan mengikut jabatan untuk diagih-agihkan kepada pegawai-pegawai dan anggota yang bertugas pada hari lebaran nanti. 

Di samping itu YDH Ketua Polis Negara berkata amalan kunjung mengunjung kalangan warga PDRM tidak kira beragama Islam dan yang bukan beragama Islam harus diamalkan agar dapat menyemai semangat setia kawan di kalangan warga PDRM.

Hadir sama di Majlis tersebut adalah Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, Puan Sri Datin Sri Imran binti Ibrahim, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Seri Rohayah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Yassin, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Dato’ Seri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dan Kenteraman Awam Dalam Negeri, Datin Seri Puziah binti Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA, Pengarah-pengarah PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah dan Rakan Media.

Sementara itu Majlis Pembungkusan Kuih Raya telah diadakan pada 26 Julai lalu di tempat yang sama.

5 400 Bungkusan Hari Raya Ubat Rindu Di Hari Lebaran
YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara bersama YDH Puan Sri Datin Sri Imran, Pengerusi PERKEP Malaysia turut sama membantu di Majlis Pembungkusan Kuih Raya pada 26 Julai yang lalu.

Sekitar Majlis Pembungkusan Kuih Raya
5 400 Bungkusan Hari Raya Ubat Rindu Di Hari Lebaran
5 400 Bungkusan Hari Raya Ubat Rindu Di Hari Lebaran
5 400 Bungkusan Hari Raya Ubat Rindu Di Hari Lebaran
5 400 Bungkusan Hari Raya Ubat Rindu Di Hari Lebaran

5 400 Bungkusan Hari Raya Ubat Rindu Di Hari Lebaran
Sekitar Majlis Penyerahan Kuih Raya.

5 400 Bungkusan Hari Raya Ubat Rindu Di Hari Lebaran
Antara yang hadir
5 400 Bungkusan Hari Raya Ubat Rindu Di Hari Lebaran
Bacaan Doa.

5 400 Bungkusan Hari Raya Ubat Rindu Di Hari Lebaran
Bacaan Doa.

5 400 Bungkusan Hari Raya Ubat Rindu Di Hari Lebaran
YDH Ketua Polis Negara ketika menyampaikan ucapannya.

5 400 Bungkusan Hari Raya Ubat Rindu Di Hari Lebaran
Antara penerima Sumbangan Bungkusan Kuih Raya.

Gambar kenangan.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 7.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM