Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ydh Pengarah Jabatan Kdn Ka Turun Padang Melawat Operasi Trafik

Published: 11 Jun 2014 3.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Kita hendak mendedahkan kepada pengguna jalan raya bahawa kelajuan boleh membunuh (Speed Kills). Oleh yang demikian, mengelak adalah lebih baik daripada mengubati', YDH Pengarah Jabatan KDN/KA...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ydh-pengarah-jabatan-kdn-ka-turun-padang-melawat-operasi-trafik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:25 MYT
Rawang - 18 Mei 2011 - 'Prevention is better than cure', ujar YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA.
 
'Prevention is better than cure' : Dalam usaha mengawal dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia, pelbagai usaha sentiasa dijalankan oleh PDRM bagi mendidik dan memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang - undang.
 
Usaha tersebut dilihat sendiri oleh Pengarah Jabatan KDN/KA, CP Dato' Salleh bin Mat Rasid semasa melawat operasi trafik di Kilometer 444 Rawang (Arah Utara) Lebuh Raya Utara-Selatan, petang tadi.
 
Turut hadir mengiringi YDH Pengarah Jabatan KDN/KA adalah YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, ACP Mohd Fuad bin Abd Latiff, Timbalan Ketua Trafik Pasukan, Supt. Hamzah bin Ahmad, Pegawai Trafik Penguatkuasa, ASP Zainuddin bin Jantan, Pegawai Perhubungan/Kempen Trafik Pasukan, Pegawai-pegawai Kanan Polis, anggota Cawangan Trafik  dan Rakan Media.
 
Notis saman Pol. 170A adalah sejenis saman yang diisukan secara postal (kiriman pos) atau pun diletakkan pada kenderaan (tidak diisukan kepada pesalah). Pol 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh anggota polis, contohnya menggunakan Laser Perangkap Laju, LSD (Laser Speed Detector) atau gambar yang ditangkap oleh Kamera Lampu Isyarat Merah. Butir-butir diri serta alamat pemilik kenderaan akan diperolehi melalui pengkalan data pendaftaran kenderaan kenderaan. 
 
"Kita hendak mendedahkan kepada pengguna jalan raya bahawa kelajuan boleh membunuh (Speed Kills). Oleh yang demikian, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati", YDH Pengarah Jabatan KDN/KA mengakhiri sidang media petang ini.

Ydh Pengarah Jabatan Kdn Ka Turun Padang Melawat Operasi Trafik
Pegawai Trafik menanti ketibaan YDH Pengarah KDN/KA dan Ketua Trafik Pasukan

Ydh Pengarah Jabatan Kdn Ka Turun Padang Melawat Operasi Trafik
Supt. Hamzah bin Ahmad bersama DSP Md. Dali bin Wahid

Ydh Pengarah Jabatan Kdn Ka Turun Padang Melawat Operasi Trafik
ACP Mohd Fuad bin Abd Latiff, Timbalan Ketua Trafik Pasukan beramah mesra dengan rakan media

Ydh Pengarah Jabatan Kdn Ka Turun Padang Melawat Operasi Trafik
Ketibaan YDH Pengarah Jabatan KDN/KA ...

Ydh Pengarah Jabatan Kdn Ka Turun Padang Melawat Operasi Trafik
YDH Ketua Trafik Pasukan bersama YDH Pengarah Jabatan KDN/KA

Ydh Pengarah Jabatan Kdn Ka Turun Padang Melawat Operasi Trafik
Sidang media yang berlangsung di Kilometer 444 Rawang (Arah Utara) Lebuh Raya Utara-Selatan

Ydh Pengarah Jabatan Kdn Ka Turun Padang Melawat Operasi Trafik
YDH Ketua Trafik Pasukan menjawab soalan-soalan daripada wakil-wakil media

Ydh Pengarah Jabatan Kdn Ka Turun Padang Melawat Operasi Trafik
YDH Pengarah Jabatan KDN/KA mengendalikan alat LSD (Laser Speed Detector)

Wartawan/Jurufoto : L/kpl Edwind Indo
ArticlePublished 11 Jun 2014 3.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM