Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Syabas Kerana Mengambil Langkah Untuk Memperkasakan Pasukan

Diterbitkan: 11 Jun 2014 3.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Kita harus tangani semua cabaran-cabaran itu secara 'integrated' dan satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengintegrasikan semua aset personal dan logistik..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/syabas-kerana-mengambil-langkah-untuk-memperkasakan-pasukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:18 MYT
Johor Bahru - 18 Mei 2011. "Syabas kerana mengambil langkah untuk memperkasakan pasukan melalui program Percambahan Minda  Bersama Pucuk Pimpinan PDRM di Kontinjen Johor", ucap YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara ketika memulakan ucapan perasmian di Pulai Springs Resort, Johor Bahru pagi ini.

Menurut YDH Dato' Khalid lagi, masyarakat sekarang ini sedang memerhati kredibiliti pasukan PDRM dalam menangani cabaran-cabaran yang menjurus kepada hal-hal keselamatan, peningkatan jenayah, dadah dan kadangkala mereka juga mempersoalkan tahap profesionalisma PDRM dalam menangani cabaran-cabaran tersebut.

"Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula", ungkapan YDH Dato' Khalid untuk direnung bersama dengan hadirin yang hadir.

"Kita harus tangani semua cabaran-cabaran itu secara 'integrated' dan satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengintegrasikan semua aset personal dan logistik termasuk segala elemen kepolisan dalam 8 jabatan PDRM", tegas YDH Dato' Khalid.

"Secara ilmiahnya, program percambahan minda ini mampu menjadikan 'making the strange familiar and familiar strange' kerana kita tahu bahawa 'familiarity breeds contempt', yakni kita tidak boleh alpa atau leka dengan cara kita menguruskan sesuatu, maka buatlah perubahan atau 'change' di mana yang perlu", tambah beliau lagi.

Untuk program ini, YDH Timbalan Ketua Polis Negara telah mengariskan beberapa kaedah utk tujuan ini, iaitu pertama: kaedah 'leadership, kedua: semua ahli mestilah hormat 'informal leader', ketiga: tingkahlaku yang kooperatif dan keempat: pemilihan hendaklah dibuat berdasarkan kepada 'right mix of people'.

"Pendekatan yang lain untuk percambahan minda ialah melalui 'Quality Control Circles' dan dalam konteks PDRM, kita dan agensi-agensi kerajaan lain bertanding dalam 'Kumpulan Kualiti Mutu Kerja', ucap beliau lagi.

"Pegawai dan anggota juga boleh menyumbangkan idea melalui 'electronic brainstorming' atau 'brain writing' dalam sistem 'e-ideas' yang telah diilhamkan oleh YDH Ketua Polis Negara di dalam sistem e-siar dan saya harap segala hasil percambahan minda ini direkodkan untuk tujuan implementasi serta kajian lanjut', tambah beliau lagi.

Di sesi percambahan minda ini juga, beberapa pembentangan Kertas Kerja telah dibentangkan, antaranya, 'Reducing Fear Of Crime' oleh ACP Ruslan bin Hassan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Menangani Dimensi Baru Kepolisan Semasa oleh Supt. Abd Aziz bin Ahmad, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Peranan Penyelia Dalam Meningkatkan Mutu Disiplin Untuk Memperkasakan Budaya Kerja Kepolisan oleh Kumpulan Sub Inspektor, Peranan KPB Dalam Menangani Hati Masyarakat Untuk Bersama-Sama Membanteras Jenayah oleh Kumpulan Sarjan Mejar dan Kemerosotan Disiplin Telah Menggugat Penugasan Harian Kepolisan oleh Kumpulan Sub Inspektor / Sarjan Mejar.

Hadir Majlis Percambahan Minda  Bersama Pucuk Pimpinan PDRM Kontinjen Johor ialah YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff, Ketua Polis Johor, YDH SAC Dato' Hj. Jalaluddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Johor, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah serta Pegawai-pegawai Kanan dan anggota.

"Ingatlah 3 perkara, Jagalah diri sendiri, jagalah orang yang kita sayang dan jagalah pasukan kita", amanat YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar kepada semua hadirin yang hadir sebelum mengakhiri ucapan perasmian.

Syabas Kerana Mengambil Langkah Untuk Memperkasakan Pasukan
Ucapan Perasmian Percambahan Minda  Bersama Pucuk Pimpinan PDRM Kontinjen Johor oleh YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Syabas Kerana Mengambil Langkah Untuk Memperkasakan Pasukan
dari kiri...YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff, Ketua Polis Johor, YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar bersama YDH SAC Dato' Hj. Jalaluddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Johor

Syabas Kerana Mengambil Langkah Untuk Memperkasakan Pasukan
Pembentangan Kertas Kerja 'Reducing Fear Of Crime' oleh YDH ACP Ruslan bin Hassan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara

Syabas Kerana Mengambil Langkah Untuk Memperkasakan Pasukan
Sub Inspektor Mohamed Yusof bin Semani mewakili Kumpulan Sub Inspektor menyampaikan pembentangan Kertas Kerja bertajuk 'Peranan Penyelia Dalam Meningkatkan Mutu Disiplin Untuk Memperkasakan Budaya Kerja Kepolisan'

Sesi soal jawab

Syabas Kerana Mengambil Langkah Untuk Memperkasakan Pasukan

Syabas Kerana Mengambil Langkah Untuk Memperkasakan Pasukan

Syabas Kerana Mengambil Langkah Untuk Memperkasakan Pasukan

Syabas Kerana Mengambil Langkah Untuk Memperkasakan Pasukan

Antara yang hadir...

Syabas Kerana Mengambil Langkah Untuk Memperkasakan Pasukan

Syabas Kerana Mengambil Langkah Untuk Memperkasakan Pasukan

Syabas Kerana Mengambil Langkah Untuk Memperkasakan Pasukan



Syabas Kerana Mengambil Langkah Untuk Memperkasakan Pasukan
Sidang Media

Syabas Kerana Mengambil Langkah Untuk Memperkasakan Pasukan
YDH Timbalan Ketua Polis Negara bergambar kenangan bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Polis Daerah Kontinjen Johor

Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto    : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Mohd Shareel bin Shahriman
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 3.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM