Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ydh Ketua Polis Negara Mengadakan Kunjungan Mengejut Di Majlis Pelepasan Pegawai Dan Anggota United

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Diraja Malaysia mengucapkan 'Selamat Jalan' kepada pegawai dan anggota PDRM, pegawai perubatan ATM serta sembilan pegawai dan anggota Advance Party dari Briged Sabah PGA yang akan berlepas ke Ti..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ydh-ketua-polis-negara-mengadakan-kunjungan-mengejut-di-majlis-pelepasan-pegawai-dan-anggota-united
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:29 MYT
Sepang - 2 November 2010. Polis Diraja Malaysia mengucapkan 'Selamat Jalan' kepada pegawai dan anggota PDRM, pegawai perubatan ATM serta sembilan pegawai dan anggota Advance Party dari Briged Sabah PGA yang akan berlepas ke Timor Leste bagi menyahut seruan keamanan antarabangsa, yang bernaung di bawah Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  malam ini.

Seramai 35 orang pegawai dan anggota PDRM ke Misi PBB United Nations Integrated Mission In Timor Leste (UNMIT) diketuai oleh Superintenden Mat Rashid bin Haji Jusoh, berlepas menaiki pesawat UN-MOV 6975 (VIM Airlines) pada jam 4.30 pagi nanti, akan bertugas untuk tempoh setahun di Timor Leste.

Majlis Pelepasan Pegawai dan Anggota United Nations Police (UNPOL) dan Pasukan Perubatan ATM ke Timor Leste dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ini disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, pemangku Pengarah Pengurusan PDRM.

Turut hadir dimajlis tersebut ialah YBhg. Brig. Gen. Dato' Dr. Yaacob bin Koming, Pegawai Memerintah Hospital Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Paramasivam a/l Arunasalam, Komander Briged Sabah PGA, YDH Supt Ramli bin Mohamed Yoosuf, Ketua PT Istiadat serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Pemergian pegawai dan anggota PDRM ini adalah sebagai 'Pemerhati Polis' kepada pasukan polis tempatan dalam melaksanakan tugas-tugas kepolisan mengikut piawaian kepolisan antarabangsa, sebagaimana yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu walaupun laporan keselamatan semasa keadaan di Timor Leste adalah stabil dan terkawal pada Tahap 2 (phase 2 restricted movement).

"Sebagai wakil dan duta kecil negara, patuhilah undang-undang dan segala peraturan di bawah panji PBB, jagalah etika dan disiplin semasa bertugas dan tunjukkanlah disiplin yang berkualiti tinggi dan berkhidmatlah secara profesional", amanat oleh YDH DCP Dato' Mortadza.

Selepas majlis pelepasan selesai, pegawai dan anggota PDRM ke Misi PBB United Nations Integrated Mission In Timor Leste (UNMIT) yang diketuai oleh Superintenden Mat Rashid bin Haji Jusoh dikejutkan dengan kehadiran YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara yang baru pulang dari menjalankan tugas rasmi di Sabah.

Kunjungan YDH Ketua Polis Negara ini menyemarakkan lagi semangat pegawai dan anggota PDRM yang akan menjalankan peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan dalam Misi Pengaman PBB ke Timor Leste ini dengan lebih cemerlang.

Amanat YDH Ketua Polis Negara kepada pegawai dan anggota, " walaupun tuan-tuan memikul tanggungjawab ini di Timor Leste pada dasarnya, tanggungjawab ini turut dipikul oleh Polis Diraja Malaysia, oleh itu jagalah panji PDRM, demi mempertahankan maruah, martabat dan imej Polis Diraja Malaysia".

Ydh Ketua Polis Negara Mengadakan Kunjungan Mengejut Di Majlis Pelepasan Pegawai Dan Anggota United
Antara anggota Polis Diraja Malaysia yang akan menyertai Misi PBB United Nations Integrated Mission In Timor Leste (UNMIT)

Ydh Ketua Polis Negara Mengadakan Kunjungan Mengejut Di Majlis Pelepasan Pegawai Dan Anggota United
Amanat oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, pemangku Pengarah Pengurusan PDRM.

Ydh Ketua Polis Negara Mengadakan Kunjungan Mengejut Di Majlis Pelepasan Pegawai Dan Anggota United
Lafaz Ikrar oleh Ketua Kumpulan G 35, Superintenden Mat Rashid bin Haji Jusoh (dua dari kiri)

Ydh Ketua Polis Negara Mengadakan Kunjungan Mengejut Di Majlis Pelepasan Pegawai Dan Anggota United
Melafazkan Ikrar dengan penuh semangat...

Ydh Ketua Polis Negara Mengadakan Kunjungan Mengejut Di Majlis Pelepasan Pegawai Dan Anggota United
Bacaan Doa, semoga perjalanan selamat pergi dan pulang oleh Ustaz Abdul Malek Kaddafi bin Ismail dari BAKA Bukit Aman

Ydh Ketua Polis Negara Mengadakan Kunjungan Mengejut Di Majlis Pelepasan Pegawai Dan Anggota United
'Selamatkanlah perjalanan kami pergi dan balik serta permudahkan segala penugasan kami di sana..'

Ydh Ketua Polis Negara Mengadakan Kunjungan Mengejut Di Majlis Pelepasan Pegawai Dan Anggota United
Jamuan ringan yang disediakan...

Ydh Ketua Polis Negara Mengadakan Kunjungan Mengejut Di Majlis Pelepasan Pegawai Dan Anggota United
YDH Ketua Polis Negara sempat menyampaikan amanat sejurus beliau tiba dari tugas rasmi di Sabah...

Ydh Ketua Polis Negara Mengadakan Kunjungan Mengejut Di Majlis Pelepasan Pegawai Dan Anggota United
YDH Ketua Polis Negara mengucapkan selamat menjalan tugas...

Ydh Ketua Polis Negara Mengadakan Kunjungan Mengejut Di Majlis Pelepasan Pegawai Dan Anggota United
Insp Norman bersalaman dengan YDH Ketua Polis Negara...

Ydh Ketua Polis Negara Mengadakan Kunjungan Mengejut Di Majlis Pelepasan Pegawai Dan Anggota United
YDH Ketua Polis Negara sempat beramah mesra bersama anggota...

Ydh Ketua Polis Negara Mengadakan Kunjungan Mengejut Di Majlis Pelepasan Pegawai Dan Anggota United
Jalankan tugas yang diamanahkan dengan bertanggungjawab, ucap YDH Ketua Polis Negara kepada Sarjan Tajuddin

Ydh Ketua Polis Negara Mengadakan Kunjungan Mengejut Di Majlis Pelepasan Pegawai Dan Anggota United
YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara beramah mesra sebelum meninggalkan majlis..
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM