Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Klinik Persediaan Peperiksaan Jabatan Dan Penilaian Tahap Kecekapan Ptk Pdrm

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Taklimat mengenai cara-cara menjawab soalan peperiksaan jabatan dan PTK...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/klinik-persediaan-peperiksaan-jabatan-dan-penilaian-tahap-kecekapan-ptk-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:41 MYT
Bukit Aman - 2 November 2010. Seramai 52 orang pegawai dan anggota daripada Jabatan Pengurusan dan Cawangan Khas Bukit Aman telah menghadiri Klinik Persediaan Peperiksaan Jabatan Dan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) PDRM di Auditorium Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman. Klinik ini disampaikan oleh DSP Risikin bin Haji Satiman, DSP Pelaksana PTK  DSP-SAC Bukit Aman.

Ini merupakan inisiatif daripada Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH Dato’ Mortadza bin Nazarene, berikutan daripada tahap kelulusan yang rendah daripada calon-calon peperiksaan yang mengambil peperiksaan Undang-Undang Jabatan serta Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Dalam klinik ini, peserta-peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik menjawab soalan secara berkesan serta langkah-langkah mengatasi kelemahan dalam menjawab soalan di samping persiapan untuk menghadapi peperiksaan.

Sebanyak 2 siri lagi akan diadakan di Bukit Aman. Klinik pada 3 November 2010 untuk pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan KDN/KA dan Jabatan Logistik, sementara  pada 4 November 2010 diadakan untuk Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Narkotik dan Pasukan Petugas Khas.

Klinik ini telah dijalankan mulai 8 hingga 24 Oktober 2010 di Zon Utara, Selatan dan Pantai Timur manakala Zon Sabah dan Sarawak akan diadakan pada 8 hingga 12 November 2010.


Klinik Persediaan Peperiksaan Jabatan Dan Penilaian Tahap Kecekapan Ptk Pdrm
Antara yang hadir semasa taklimat di Auditorium Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman..

Klinik Persediaan Peperiksaan Jabatan Dan Penilaian Tahap Kecekapan Ptk Pdrm
DSP Risikin bin Haji Satiman, DSP Pelaksana PTK  DSP-SAC Bukit Aman memberikan penerangan yang terperinci mengenai cara-cara untuk menjawab soalan Peperiksaan Jabatan dan PTK..
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM