Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ydh Dcp Dato Hj Ghazali Bin Hj Md Amin Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis

Published: 10 Jun 2014 6.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sesungguhnya penghargaan ini telah memberi makna yang cukup besar, bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan kepada warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perlis..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ydh-dcp-dato-hj-ghazali-bin-hj-md-amin-tokoh-maal-hijrah-negeri-perlis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:29 MYT

Kangar, Perlis.- 7 Disember 2010

Majlis Perhimpunan dan Pelancaran Sambutan Maal Hijrah 1432 Hijrah Peringkat Negeri Perlis berlangsung di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Majlis disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis.

Pada majlis itu, YDH DCP Dato' HJ. Ghazali Hj. Md. Amin, Setia Usaha Polis Diraja Malaysia (SUPM), mantan Ketua Polis Perlis, telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1432 Hijrah, Negeri Perlis, kategori Tokoh Dalam Perkhidmatan.

YDH DCP Dato' Hj. Ghazali menerima sebuah 'plak', Sijil Penghargaan, wang tunai dan cenderamata yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Syed Fai-zuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

Turut sama hadir Dato' Seri Dr. Mohd Isa Sabu, Menteri Besar Perlis, Dato' Hj. Yazid Mat, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis dan Tuan Jafpery Othman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Perhimpunan Maal Hijrah 1432 Hijrah, Peringkat Negeri Perlis.

Perhimpunan itu disertai 12 jabatan kerajaan negeri, 28 jabatan kerajaan persekutuan, 4 badan berkanun negeri Perlis, 15 badan berkanun kerajaan persekutuan dan 5 pihak swasta.

"Sesungguhnya penghargaan ini telah memberi makna yang cukup besar,  bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan kepada warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perlis khasnya dan pucuk pimpinan pasukan Polis Diraja Malaysia amnya", ujar  YDH Dato' Hj. Ghazali ketika ditemui bersama isterinya Datin Hajjah Norisah Hj. Jalaluddin.

YDH DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin, memegang jawatan Ketua Polis Perlis mulai tahun 2005 sehingga tahun 2010.

Majlis diakhiri dengan Tazkirah Maal Hijrah yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Dr. Juanda Jaya, Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Ydh Dcp Dato Hj Ghazali Bin Hj Md Amin Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis
Di antara hadirin yang hadir di Majlis Perhimpunan dan Pelancaran Sambutan Maal Hijrah 1432 Hijrah Peringkat Negeri Perlis di Dewan 2020, Kangar Perlis

Ydh Dcp Dato Hj Ghazali Bin Hj Md Amin Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis menekan butang tanda Perasmian Majlis Maal Hijrah 1432 Peringkat Negeri Perlis


Ydh Dcp Dato Hj Ghazali Bin Hj Md Amin Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis
Tokoh Maal Hijrah 1432 Negeri Perlis, kategori Tokoh Dalam Perkhidmatan, YDH DCP Dato' Hj. Ghazali bin Md Amin menerima 'Plak', Sijil Penghargaan dan wang tunai daripada DYMM Raja Perlis.

Ydh Dcp Dato Hj Ghazali Bin Hj Md Amin Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis
YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Hj. Md Amin bersama isteri, Y.Bhg Datin Hajjah Norsiah binti Hj. Jalaluddin

Ydh Dcp Dato Hj Ghazali Bin Hj Md Amin Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis
Penerima-penerima Penghargaan bergambar kenangan bersama DYMM Raja Perlis...

Jurufoto / wartawan : SM Megat Nizar
Penyunting : Sjn Zaiddin Dahalan
ArticlePublished 10 Jun 2014 6.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM