Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Yab Perdana Menteri Hadir Perhimpunan Bekas Pesara Polis Ahad Ini

Published: 11 Jun 2014 7.31 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak akan menghadiri majlis perhimpunan dan ramah mesra bersama pesara dan bekas polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad ini iaitu .
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/yab-perdana-menteri-hadir-perhimpunan-bekas-pesara-polis-ahad-ini
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:26 MYT
Bukit Aman - 20 Oktober 2011
YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak akan menghadiri majlis perhimpunan dan ramah mesra bersama pesara dan bekas polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad ini iaitu 23 Oktober 2011 jam 3 petang.

Pengerusi majlis itu, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN PDRM berkata perjumpaan julung kali itu dijangkamenghimpunkan kira-kira 4,000 pesara dan bekas polis.
 
"Melalui majlis ini, semua pesara dan bekas polis dapat berkongsi kepakaran dan pengetahuan mereka dengan pegawai polis yang masih berkhidmat dalam memastikan keamanan negara dipelihara," katanya pada sidang media.

Beliau menambah keamanan yang dikecapi ketika ini hasil perjuangan pesara dan bekas polis bersama-sama agensi keselamatan lain dalam mempertahankan kemerdekaan negara.
 
Yab Perdana Menteri Hadir Perhimpunan Bekas Pesara Polis Ahad Ini
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim ketika sidang media.
ArticlePublished 11 Jun 2014 7.31 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM