Artikel
Kejohanan Ragbi 15 S Piala Kpn 2011
Sukan ragbi merupakan kejohanan yang di adakan saban tahun, bertujuan untuk mengembalikan era kegemilangan sukan ragbi PDRM pada era 1980-an...
Ulu Kinta, Ipoh - 21 Oktober 2011.
Ragbi, bermula pada tahun 1823 di England, merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba 'skor' dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diistiharkan menang bagi perlawanan ini.
Sukan ragbi mempunyai keistimewaan dan kedudukan yang tersendiri. Ini kerana, sukan ragbi merupakan satu sukan yang mencabar dari segi fizikal dan mental pemainnya. Walaupun dilihat lasak, sukan ini adalah penuh berstruktur dan strategik serta mampu membentuk sahsiah seseorang terutamanya dalam aspek disiplin dan kesabaran. Itu sebabnya, ragbi sinomin dengan gelaran 'a gentlemen's game'.
Kontinjen Briged Utara PGA telah dipilih mengelolakan Kejohanan Ragbi 15-Sebelah, Piala Ketua Polis Negara 2011. Kejohanan telah bermula pada 17 Oktober dan berakhir pada 21 Oktober 2011.
Kejohanan ini telah berjaya menghimpunkan sebanyak 15 pasukan daripada kontinjen dan formasi PDRM dengan melibatkan seramai 490 peserta termasuk jurulatih dan pengurus pasukan.
Sukan ragbi merupakan kejohanan yang di adakan saban tahun, bertujuan untuk mengembalikan era kegemilangan sukan ragbi PDRM pada era 1980-an. Kejohanan ini juga diharapkan dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam permainan ragbi dan seterusnya mewakili PDRM ke kejohanan ragbi peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Hadir menyaksikan perlawanan akhir kategori CUP pada petang ini di Padang Utama Briged Utara PGA ialah YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Perak.
Turut hadir, YDH SAC Dato' Zakaria bin Yusof, Timbalan Ketua Polis Perak, YDH SAC Dato' Azman bin Yusof, Komander Briged Utara PGA, YDH ACP Khaw Kok Chin, Timbalan Komander Briged Utara PGA, Komander-komander Briged dan Komandan-komandan Pusat Latihan Polis serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan anggota.
Kontinjen Perak mengungguli kategori Cup, menumpaskan Briged Tengah PGA pada perlawanan akhir. Tempat Ketiga pula ialah kontinjen Pahang dan kontinjen Selangor di tempat Keempat.
Bukit Aman menjuarai kategori Bowl, menumpaskan kontinjen Kedah dan bagi kategori Plate, kontinjen Perlis menjuarainya dengan menumpaskan Briged Utara. Piala Fairplay pula dimenangi oleh kontinjen Pahang.
Perlawanan Pegawai Veteran Vs PPR Veteran

YDH SAC Dato' Zakaria bin Yusof, Timbalan Ketua Polis Perak, YDH SAC Dato' Azman bin Yusof, Komander Briged Utara PGA dan YDH ACP Khaw Kok Chin, Timbalan Komander Briged Utara PGA di perkenalkan kepada pasukan yang bertanding diperlawanan akhir...

Sepak mula perlawanan akhir...

YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Perak turut meluangkan masa menyaksikan perlawanan akhir
Gambar-gambar sekitar perlawanan akhir kategori CUP antara kontinjen Perak dan Briged Tengah PGA

Pertunjukkan Seni Gerak Gayong Tempur semasa separuh perlawanan akhir

Pantas menewaskan musuh...

Menyampaikan cenderahati kepada YDH Komander Briged Utara

YDH Ketua Polis Perak menyampaikan hadiah kemenangan...

Kontinjen Perak..Juara Kategori CUP menerima Piala Pusingan daripada Ketua Polis Perak

Jersi No 21...Konst Md Nazar bin Mat salleh dari Perak, Penjaring Terbanyak

Juga dari Perak, Pemain Terbaik...L/Kpl Khairul Azhar bin Jaafar

Cenderahati kepada YDH Komander Briged Utara

YDH Ketua Polis Perak menyampaikan cenderahati kepada tuan rumah Kejohanan Ragbi 15'S Piala Ketua Polis Negara 2011

Penutupan Kejohanan Ragbi 15'S Piala Ketua Polis Negara 2011 disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Perak

Juara Kategori CUP...Kontinjen Perak

Briged Tengah PGA...Naib Juara Kategori CUP

Bukit Aman...Juara Kategori Bowl

Kategori Plate...Juara, Kontinjen Perlis

Piala Fairplay...Kontinjen Pahang
Wartawan : Sjn Zaiddin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin Dahalan dan Konst Santher Kumar a/l Sehgar