Artikel
Yab Perdana Menteri Hadir Perhimpunan Bekas Pesara Polis Ahad Ini
YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak akan menghadiri majlis perhimpunan dan ramah mesra bersama pesara dan bekas polis di Pusat Daganga...
Bukit Aman - 20 Oktober 2011

YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim ketika sidang media.
YAB
Perdana Menteri Dato' Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak akan
menghadiri majlis perhimpunan dan ramah mesra bersama pesara dan bekas
polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad ini iaitu 23
Oktober 2011 jam 3 petang.
Pengerusi majlis itu, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN PDRM berkata perjumpaan julung kali itu dijangkamenghimpunkan kira-kira 4,000 pesara dan bekas polis.
Pengerusi majlis itu, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN PDRM berkata perjumpaan julung kali itu dijangkamenghimpunkan kira-kira 4,000 pesara dan bekas polis.
"Melalui
majlis ini, semua pesara dan bekas polis dapat berkongsi kepakaran dan
pengetahuan mereka dengan pegawai polis yang masih berkhidmat dalam
memastikan keamanan negara dipelihara," katanya pada sidang media.
Beliau menambah keamanan yang dikecapi ketika ini hasil perjuangan pesara dan bekas polis bersama-sama agensi keselamatan lain dalam mempertahankan kemerdekaan negara.