Y Bhg Dato Seri Utama Dr S Samy Vellu Sampaikan Sumbangan Op Daulat
Y.BHG. DATO' SERI UTAMA DR. S. SAMY VELLU SAMPAIKAN SUMBANGAN OP DAULAT
Kuala
Lumpur, 3 April - Y.Bhg. Dato' Seri Utama DR. S. Samy Vellu, Duta Khas
(bertaraf Menteri) ke India dan Asia Selatan merangkap Pengerusi Yayasan
Pemulihan Sosial hari ini menyampaikan sumbangan kepada keluarga
pegawai dan anggota polis yang terkorban dan yang cedera dalam serangan
pengganas Sulu di Sabah.
Sumbangan
berupa cek bernilai RM 10,000 untuk setiap pegawai dan anggota
terkorban dan RM 5,000 untuk pegawai dan anggota yang tercedera itu
disampaikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Dewan Theaterette,
Bukit Aman.
Di
dalam ucapannya, beliau sangat sedih dan amat berbangga dengan
pengorbanan serta jasa perwira-perwira negara dalam mempertahankan
kedaulatan negara di Lahad Datu.
"Saya
tahu, dengan wang ringgit ini tidak dapat mengembalikan mereka yang
terkorban tetapi dengan sumbangan ini, dapatlah membantu untuk
meringankan beban keluarga mereka," diakhir ucapannya.
Sementara
itu, YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi Bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas
Khas (Operasi/Counter Terrorism) PDRM selaku wakil YDH Ketua Polis
Negara berkata, Y.Bhg. Dato' Seri Utama Dr. S. Samy Vellu telah
menzahirkan sendiri semangat 1Malaysia yang sering dilaungkan oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri, dan seharusnya ia dicontohi oleh seluruh
rakyat Malaysia.
"Walaupun
kita di sini tidak dapat sama-sama memikul senjata, untuk berjuang
menghapuskan pengganas dan penceroboh itu, tetapi dengan ingatan dan doa
daripada tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sudah cukup untuk
membangkitkan semangat yang satu, dalam usaha mempertahankan maruah
negara kita," kata beliau di dalam ucapannya.
Turut
hadir pada majlis ini ialah, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman,
Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran),wakil-wakil Yayasan Pemulihan
Sosial, Pegawai dan anggota PDRM, balu-balu serta waris wira Negara dan
wakil-wakil media.

Y.Bhg. Dato' Seri Utama DR. S. Samy Vellu bersama YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi Bin Harun dan YDH Dato' Zaleha binti Abdul Rahman.

Antara yang hadir.

Antara yang hadir.

Balu-balu dan ahli keluarga yang hadir.

Bacaan Doa.

YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi Bin Harun ketika menyampaikan ucapan.

Y.Bhg. Dato’ Seri Utama DR. S. Samy Vellu ketika memberi ucapan.

Antara balu-balu yang menerima sumbangan.

Antara balu-balu yang menerima sumbangan.

Antara balu-balu yang menerima sumbangan.

Wakil tiga anggota Vat 69 yang cedera menerima sumbangan.

Insp Mohamad Hasnal Bin Jamil menerima sumbangan.

YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi Bin Harun menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg. Dato’ Seri Utama DR. S. Samy Vellu.

Y.Bhg. Dato’ Seri Utama DR. S. Samy Vellu beramah mesra dengan balu-balu di akhir majlis.