Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Dan Anggota Pgu
Oleh: SM Suaidi Rabudin
Kuala Lumpur, 25 Mac 2013 – Pasukan Gerakan Udara (PGU) telah mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada pegawai dan anggotanya yang telah dinaikkan pangkat baru-baru ini. Majlis itu telah disempurnakan oleh YDH, Dato’ Sri Salleh bin Mat Rashid, Pengarah KDN/KA PDRM dan diiringi oleh YDH SAC Dato’ Amir b Awal, Timbalan Pengarah II Jabatan KDN/KA yang berlangsung di Pangkalan Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara Sg. Besi, Kuala Lumpur. Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Komander Briged Tengah PGA, Komander Briged Utara PGA, Ketua Trafik Pasukan, Komander FRU, Komander Pasukan Marin dan pegawai-pegawai kanan Jabatan KDN/KA.
Seramai 12 orang pegawai dan 23 orang anggota telah dinaikkan pangkat yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 2012 yang mana terdiri daripada 12 orang berpangkat Inspektor ke pangkat Assistant Superitendent Polis (ASP), seramai 9 orang daripada pangkat Sarjan Mejar (SM) ke pangkat Sub Inspektor (SI), seramai 10 orang daripada pangkat Sarjan ke pangkat Sarjan Mejar (SM) dan seramai 4 daripada pangkat Lans Koperal ke pangkat Koperal. Dalam majlis tersebut seramai 20 orang pegawai dan anggota PGU yang dinaikkan pangkat hadir bersama isteri masing-masing manakala yang selebihnya terlibat dengan penugasan Op. Daulat di Lahad Datu Sabah dan Lima’ 13 Langkawi.
Menurut YDH SAC. Kamarulzaman B Md Jan selaku Komander Pasukan Gerakan Udara PDRM, pihak PGU khasnya dan PDRM amnya sentiasa memberi galakkan dan sokongan kepada semua peringkat pegawai dan anggotanya serta sentiasa berusaha memajukan diri untuk peningkatan kerjaya mereka. Keseluruhan pegawai dan anggota yang dinaikkan pangkat ini meliputi semua pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Udara termasuk Pangkalan Sabah dan Sarawak . Ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan serta sumbangan mereka yang amat berharga kepada pasukan dan negara. Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat.
Dalam majlis tersebut, YDH Dato’ Pengarah KDN/KA berkata anugerah ini bukan sahaja sebagai menghargai jasa dan komitmen mereka tetapi sebagai amanah dan tanggungjawab yang amat besar yang perlu dilaksanakan sejajar dengan pangkat yang disandang. Beliau juga menyampaikan rasa bangga dan kagum dengan semangat dan komitmen pegawai dan anggota PGU semasa melaksanakan tugas Ops. Daulat yang mana mereka amat komited dan sanggup mengadaikan nyawa demi mempertahankan Negara semasa melaksanakan tugas yang diarahkan.
YDH, Dato’ Sri Salleh bin Mat Rashid, Pengarah KDN/KA PDRM memberikan ucapan.
Sepanjang sesi pemakaian pangkat berlangsung.
Sesi bergambar kenangan.