Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Y Bhg Dato Seri Utama Dr S Samy Vellu Sampaikan Sumbangan Op Daulat

Diterbitkan: 12 Jun 2014 6.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 3 April - Y.Bhg. Dato' Seri Utama DR. S. Samy Vellu, Duta Khas (bertaraf Menteri) ke India dan Asia Selatan merangkap Pengerusi Yayasan Pemulihan Sosial hari ini menyampaikan sumbangan k..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/y-bhg-dato-seri-utama-dr-s-samy-vellu-sampaikan-sumbangan-op-daulat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:38 MYT

Y.BHG. DATO'  SERI UTAMA DR. S. SAMY VELLU SAMPAIKAN SUMBANGAN OP DAULAT

Kuala Lumpur, 3 April - Y.Bhg. Dato' Seri Utama DR. S. Samy Vellu, Duta Khas (bertaraf Menteri) ke India dan Asia Selatan merangkap Pengerusi Yayasan Pemulihan Sosial hari ini menyampaikan sumbangan kepada keluarga pegawai dan anggota polis yang terkorban dan yang cedera dalam serangan pengganas Sulu di Sabah.

Sumbangan berupa cek bernilai RM 10,000 untuk setiap pegawai dan anggota terkorban dan RM 5,000 untuk pegawai dan anggota yang tercedera itu disampaikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Dewan Theaterette, Bukit Aman.

Di dalam ucapannya, beliau sangat sedih dan amat berbangga dengan pengorbanan serta jasa perwira-perwira negara dalam mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu.

"Saya tahu, dengan wang ringgit ini tidak dapat mengembalikan mereka yang terkorban tetapi dengan sumbangan ini, dapatlah membantu untuk meringankan beban keluarga mereka," diakhir ucapannya.

Sementara itu, YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi Bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) PDRM selaku wakil YDH Ketua Polis Negara berkata, Y.Bhg. Dato' Seri Utama Dr. S. Samy Vellu telah menzahirkan sendiri semangat 1Malaysia yang sering dilaungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dan seharusnya ia dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Walaupun kita di sini tidak dapat sama-sama memikul senjata, untuk berjuang menghapuskan pengganas dan penceroboh itu, tetapi dengan ingatan dan doa daripada tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sudah cukup untuk membangkitkan semangat yang satu, dalam usaha mempertahankan maruah negara kita," kata beliau di dalam ucapannya.

Turut hadir pada majlis ini ialah, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran),wakil-wakil Yayasan Pemulihan Sosial, Pegawai dan anggota PDRM, balu-balu serta waris wira Negara dan wakil-wakil media.

Y Bhg Dato Seri Utama Dr S Samy Vellu Sampaikan Sumbangan Op Daulat
Y.Bhg. Dato' Seri Utama DR. S. Samy Vellu bersama YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi Bin Harun dan YDH Dato' Zaleha binti Abdul Rahman.

Y Bhg Dato Seri Utama Dr S Samy Vellu Sampaikan Sumbangan Op Daulat
Antara yang hadir.

Y Bhg Dato Seri Utama Dr S Samy Vellu Sampaikan Sumbangan Op Daulat
Antara yang hadir.

Y Bhg Dato Seri Utama Dr S Samy Vellu Sampaikan Sumbangan Op Daulat
Balu-balu dan ahli keluarga yang hadir.

Y Bhg Dato Seri Utama Dr S Samy Vellu Sampaikan Sumbangan Op Daulat
Bacaan Doa.

Y Bhg Dato Seri Utama Dr S Samy Vellu Sampaikan Sumbangan Op Daulat
YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi Bin Harun ketika menyampaikan ucapan.

Y Bhg Dato Seri Utama Dr S Samy Vellu Sampaikan Sumbangan Op Daulat
Y.Bhg. Dato’ Seri Utama DR. S. Samy Vellu ketika memberi ucapan.

Y Bhg Dato Seri Utama Dr S Samy Vellu Sampaikan Sumbangan Op Daulat
Antara balu-balu yang menerima sumbangan.

Wakil tiga anggota Vat 69 yang cedera menerima sumbangan.

Y Bhg Dato Seri Utama Dr S Samy Vellu Sampaikan Sumbangan Op Daulat
Insp Mohamad Hasnal Bin Jamil menerima sumbangan.

Y Bhg Dato Seri Utama Dr S Samy Vellu Sampaikan Sumbangan Op Daulat
YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi Bin Harun menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg. Dato’ Seri Utama DR. S. Samy Vellu.

Y Bhg Dato Seri Utama Dr S Samy Vellu Sampaikan Sumbangan Op Daulat
Y.Bhg. Dato’ Seri Utama DR. S. Samy Vellu beramah mesra dengan balu-balu di akhir majlis.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 6.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM