Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wpfg 2023 20 Atlet Pdrm Bawa Nama Pasukan Di Arena Antarabangsa

Published: 25 Jul 2023 8.41 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 25 Julai 2023 – Seramai 20 atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil bahagian dalam Kejohanan World Police and Fire Games (WPFG) 2023 yang membuka tirainya pada 28 Julai sehingga 6 Ogos 2023 di Winnipeg, Kanada.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wpfg-2023-20-atlet-pdrm-bawa-nama-pasukan-di-arena-antarabangsa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:15 MYT

Kuala Lumpur, 25 Julai 2023 – Seramai 20 atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil bahagian dalam Kejohanan World Police and Fire Games (WPFG) 2023 yang membuka tirainya pada 28 Julai sehingga 6 Ogos 2023 di Winnipeg, Kanada.

Bagi menyemarakkan semangat para atlet yang terlibat, Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menyerahkan bendera kejohanan kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak merangkap "Chef De Mission", CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri sambil disaksikan Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, CP Dato’ Azmi Abu Kassim di Dewan Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Datuk Seri Ayob Khan yang juga Naib Yang Dipertua Majlis Sukan PDRM telah menzahirkan harapan agar semua atlet terlibat dapat mempamerkan mutu persembahan dan semangat kesukanan yang tinggi selain mengharumkan nama Pasukan di mata dunia.

Tatkala negara bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri bulan hadapan di enam buah negeri dan warga Pasukan terlibat secara langsung dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, hanya 20 atlet akan mengambil bahagian dalam dua acara sukan, iaitu badminton dan olahraga.

"Kita sedia maklum bahawa PDRM hanya menyertai dua acara pada tahun ini. Walau bagaimanapun, pasukan akan sedaya upaya mendapatkan pingat semaksima mungkin dengan sasaran 35 pingat bagi kedua-dua acara", ujar beliau.

Dalam majlis yang sama juga, 12 rakan penaja korporat turut diraikan atas keprihatinan mereka bagi memperkasakan mutu pembangunan sukan negara dan Pasukan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Hj. Zainudin Ahmad dan barisan Pegawai Kanan PDRM serta rakan media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

May be an image of 8 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 3 people, violin and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of ‎3 people and ‎text that says '‎GAMES MAJLIS PENYERAHAN BENDERA SEMPENA KEHANAN ய LD POLICE GAM WIL PEG 2023 YDH אל urnakan Yi

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 4 people and text that says 'DERA FIRE GAMES DIN PITCHAY AYOB A BA tvs'


ArticlePublished 25 Jul 2023 8.41 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM