Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Adakan Lawatan Ke Pos Sempadan Malaysia Thailand

Diterbitkan: 25 Jul 2023 10.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bukit Kayu Hitam, 25 Julai 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din mengadakan lawatan ke sempadan Malaysia-Thailand melibatkan Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Putih dan Pos Imigresen Wang Kelian, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-adakan-lawatan-ke-pos-sempadan-malaysia-thailand
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:59 MYT
Bukit Kayu Hitam, 25 Julai 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din mengadakan lawatan ke sempadan Malaysia-Thailand melibatkan Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Putih dan Pos Imigresen Wang Kelian, di sini, semalam.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah dibawa ke Pos Sekatan Jalan Raya (SJR) Taman Radzi, Pos Kawalan TS 9 dan Tangga 100 sebelum berakhir di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) bagi meninjau kesiapsiagaan pihak berkuasa dalam kawalan keselamatan di sepanjang sempadan antara Malaysia dengan Thailand.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Mohd Rozi Jidin, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Bukit Aman, SAC Zaharudin Rasip, Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah, Penolong Pengarah Narkotik (Sekretariat Nukleus Narkotik) Bukit Aman, Superintendan Noom Achoom, Penolong Pengarah Narkotik (Urus Setia) Bukit Aman, Superintendan Mohamed Salim Gulam Mohamad dan Ketua JSJN Kontinjen Perlis, Superintendan Tium Ming Kung.


May be an image of 2 people and text that says 'KAMARUDIN POLIS'

May be an image of 7 people

May be an image of 7 people

May be an image of 4 people

May be an image of 4 people

May be an image of 10 people

May be an image of 8 people

May be an image of 10 people

May be an image of 4 people

May be an image of 3 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people and text
ArtikelDiterbitkan 25 Jul 2023 10.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM