Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Wira Pdrm Disambut

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sazali Samad, telah dinobatkan sebagai juara - First Place 65 - Kg WBPF Men's World Body Building Championship, mengalahkan pencabar terdekat, Alaa Hlail Mohsin dari Irag..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wira-pdrm-disambut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:02 MYT

Sepang - 9 November 2009 . Kepulangan jaguh Bina Badan PDRM, Sjn/S Sazali bin Samad dari menyertai Kejohanan Bina Badan Dunia telah disambut oleh YDH SAC I Dato' Ahmad bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan). Kejohanan ini berlangsung dari 3 - 8 November 2009  di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Hadir sama menyambut kepulangan jaguh-jaguh bina badan itu ialah YDH ACP Lai Yoong Heng, Penolong Pengarah Pengurusan (HEA), Supt. Ramli bin Mohamed Yoosuf, Ketua PT Istiadat, DSP Abd Hadi bin Hasan, Setiausaha Majlis Sukan PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Delegasi Malaysia yang mengiringi peserta di Kejohahan Bina Badan Dunia di Dubai,  diketuai oleh Y.Bhg. Datuk Wira Gan Boon Leong, Presiden Persatuan Bina Badan Malaysia (MBBF).

Empat peserta yang mewakili Malaysia di Kejohanan Bina Badan Dunia ialah Sazali bin Samad ( bantam weight - 65 kg ), Othman bin Yahya ( light heavy weight - 90 kg ) dan Mohd Syarul Azman Mahen bin Abdullah ( light weight - 70 kg). Ketiga-tiga peserta ini adalah dari Polis Diraja Malaysia dan Buda Anchah dari Angkatan Tentera Malaysia pula bertanding dalam kategori Fly Weight - 55 kg.

Sazali Samad, Juara 4 kali Mr Universe telah bertanding dalam acara light weight (70 kg) pada tahun lepas dan menduduki tempat keempat bagi kategori itu. Pada tahun ini, Sazali Samad mengambil keputusan menyertai kategori bantam weight (65 kg) dan meluahkan hasil buat jaguh negara ini.

Sazali Samad, telah dinobatkan sebagai juara - First Place (65Kg)  WBPF Men's World Body Building Championship, buat kali pertama , mengalahkan pencabar terdekat, Alaa Hlail Mohsin dari Irag sementara Buda Anchah  pula menduduki tempat keempat bagi kategori Fly weight.

Sazali sebelum ini pernah muncul juara Mr Universe bagi kategori bantam weight 65kg bermula di Melaka pada tahun 2000, Moscow (2004) dan Ostrava (Republik Czech) pada tahun 2006 sebelum beralih ke kategori light weight 70 kg pada tahun 2007 dan merangkul Mr Universe kali keempatnya pada kejohanan yang berlangsung di Jaeju, Korea Selatan.

Pada tahun 2008, Sazali muncul naib juara kategori light weight 70 kg pada Kejohanan The Arnold Amateur IFBB Internasional Bodybuilding, Fitness and Figure Championship di Ohio, Amerika Syarikat sebelum meraih tempat keempat pada Kejohanan Mr Universe di Bahrain tahun lalu.

Wira Pdrm Disambut
YDH SAC I Dato' Ahmad bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) menyambut kepulangan Sazali Samad di Lapangan Terbang KLIA, Sepang.

Wira Pdrm Disambut
Bergambar Kenangan...

Wira Pdrm Disambut
Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang menyambut jaguh bina badan PDRM

Wira Pdrm Disambut
dari kanan...C/Insp Gazali bin Yunus, Penganjur Bina Badan PDRM, Othman Yahya, Sazali Samad, DSP Abd Hadi Hasan, Setiausaha Majlis Sukan PDRM dan Mohd Syarul Azman Mahen bin Abdullah 

Wira Pdrm Disambut
Jaguh-jaguh Bina Badan yang mewakili Malaysia di Kejohanan Bina Badan Dunia, Dubai

Wira Pdrm Disambut
Sarjan Sazali Samad bersama piala dan pingat yang dimenangi di Kejohanan Bina Badan Dunia, Dubai

Wira Pdrm Disambut
Aksi seorang Juara...menjadi pendorong dan membakar semangat atlet-atlet PDRM untuk mengikuti jejak langkahnya

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM