Majlis Penutup Kursus Asas Psp Siri 2 2009
Ipoh - 13 November 2009. Majlis Penutup Kursus Asas PSP Siri 2/2009 telah berlansung di Dataran Kawad, PSP Unit 5, Ipoh Perak.
Majlis telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah 1, Jabatan KDN/KA.
Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH SAC II Dato' Roslan bin Ahmad, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Pegawai-pegawai Kanan PSP, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Daerah (KBKA/KTD) dan Ketua Polis Balai Kontinjen Perak.
Kursus Asas PSP Siri 2/2009 telah dijalankan selama 7 minggu, mulai 28 hb September sehingga 13 November 2009, melibatkan seorang pegawai kanan berpangkat pemangku ASP, 3 Inspektor dan 63 anggota pangkat rendah yang keseluruhannya berjumlah 67 orang.
Kursus Asas PSP ini adalah pendedahan kepada pegawai dan anggota untuk menimba ilmu sebagai pegawai dan anggota PSP, berkaitan taktik dan teknik pencegahan rusuhan, berlandaskan undang-undang dan peraturan mengikut Seksyen 27 (B) Akta Polis dan Seksyen 83 dan 84 Kanun Acara Jenayah.
Tugas Unit PSP kini terbukti kian mencabar dan memerlukan daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Pegawai dan anggota Unit PSP merupakan barisan hadapan selepas LSF dan PORU apabila berlaku sesuatu ketegangan berkaitan ketenteraman awam.
Beberapa peristiwa dan kejadian di tahun-tahun kebelakangan ini merupakan petanda atau isyarat yang jelas bahawa keperluan pasukan pencegahan rusuhan adalah sangat penting di mana gandingan pasukan PSP, LSF dan PORU sentiasa menjadi keutamaan dalam menangani situasi ketenteraman awam.
Isu-isu politik bukan lagi faktor utama pencetus situasi ketenteraman awam, ada isu bahasa, isu ekonomi malahan isu perkauman juga dimanipulasikan dan digunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk membangkitkan perasaan membantah dengan cara yang menyalahi undang-undang.
"Sekiranya kekerasan terpaksa digunakan dan munasabah, pastikan tindakan sentiasa betul dan selaras dengan undang-undang dan tindakan kekerasan itu juga adalah dengan niat suci hati agar kita dilindungi undang-undang" kata semangat YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin kepada semua peserta kursus.
Sempena majlis itu juga, di adakan pertunjukkan Unit Berkuda, Kawat Rusuhan dan Seni Mempertahankan Diri Pancang XII (12) dan juga demo menyuraikan rusuhan.

Ketibaan YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah 1, Jabatan KDN/KA disambut oleh Pegawai-pegawai Kanan PSP

YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah 1, Jabatan KDN/KA di pentas utama selepas menerima Tabik Hormat.

PP Baris, P/ASP Mohd Ali bin Ahmad selaku Pegawai Pemerintah Terup bersama anggotanya sebelum membuat demo Kawat Asas.

Demo menyuraikan rusuhan oleh Unit Berkuda PDRM

Anggota PSP di ajar taktik dan teknik pencegahan rusuhan semasa menghadiri kursus ini.

Membuat pertahanan..demo rusuhan, di mana perusuh membaling objek dan juga bom petrol

Gabungan Cawangan Water Canon juga diperlukan untuk menyuraikan perusuh

Menyuraikan perusuh-perusuh...

Pertunjukkan Seni Mempertahankan Diri Pancang XII (12)

YDH SAC II Dato' Roslan bin Ahmad, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan menyampaikan cenderahati kepada YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah 1, Jabatan KDN/KA.

dari kiri..Tembak Terbaik, Konst 168833 Muhammad Zaki bin Maarof dari Unit 6 Kuala Terengganu, Keseluruhan Terbaik Kpl 119005 Sohaime bin Samad dari Unit 7 Negeri Sembilan dan Kawat Terbaik Inspektor I/17073 Mohd Faizal bin Fauzi dari Unit 6 Kuala Terengganu.