Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wira Pdrm Disambut Meriah

Published: 09 Jun 2014 3.08 AM Updated: 15 Aug 2026 7.47 PM
KLIA, Sepang. 30 Oktober 2007. Dato' Ismail Hj. Omar, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM telah menyambut kepulangan Sjn/T. Sazali Samad...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wira-pdrm-disambut-meriah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:36 MYT
KLIA, Sepang. 30 Oktober 2007. Dato' Ismail Hj. Omar, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM telah menyambut kepulangan Sjn/T. Sazali Samad, atlit bina badan yang merangkul gelaran Mr. Universe di Jaeju Korea Selatan. Kejayaan beliau di dalam kategori lightweight (70kg) , iaitu kategori yang baru diceburinya.

Turut hadir menyambut beliau ialah ahli keluarga, pegawai-pegawai kanan PDRM, pegawai Majlis Sukan Negara dan peminat-peminat sukan bina badan.

Sazali, sebelum ini pernah menggondoli juara Persekutuan Bina Badan Antarabangsa sebanyak tiga kali di dalam acara bantamweight di Melaka (2000), Moscow (2004), Ostrava, Czech (2006).
Wira Pdrm Disambut Meriah
Ibu mertua Sjn/T Sazali meraikan kepulangan Sazali dengan pulut kuning sambil disaksikan oleh YDH Pengarah Pengurusan, Dato' Ismail B. Hj Omar

Wira Pdrm Disambut Meriah
Sjn/T Sazali Samad diraikan oleh atlet-atlet bina badan PDRM dan diiringi oleh Supt Rasdi Ramli.Penguasa Perhubungan Awam.
ArticlePublished 09 Jun 2014 3.08 AMUpdated 15 Aug 2026 7.47 PM