Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wawancara Khas Sempena Persaraan Pengarah Jabatan Siasatan J 20140619

Published: 19 Jun 2014 12.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tugas membanteras jenayah merentasi sempadan digalas Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) akan diperhebatkan bagi membendung pola jenayah itu yang dilihat semakin meningkat...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wawancara-khas-sempena-persaraan-pengarah-jabatan-siasatan-j-20140619
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:17 MYT

Tugas membanteras jenayah merentasi sempadan digalas Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) akan diperhebatkan bagi membendung pola jenayah itu yang dilihat semakin meningkat.

Menjadikan negara ini sebagai 'lubuk emas; jenayah siber yang biasanya didalangi warga asing ini semakin menjadi-jadi akibat kurangnya kesedaran masyarakat.

Malaysia tersenarai antara 10 negara yang paling berisiko terdedah ancaman jenayah siber awal tahun lalu, menerusi kajian sebuah firma pemaju keselamatan teknologi maklumat, Sopohos, mencatatkan peningkatan dari segi jumlah kerugian mencecah berbilion ringgit akibat jenayah siber dan kolar putih.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Syed Ismail Syed Azizan Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata jenayah siber semakin meningkat selari dengan perkembangan teknologi, selain dilakukan dengan terancang.

"Jenayah siber dan komersial adalah jenayah yang rumit serta sukar dikesan. Modus operandi juga berbeza dari kes jenayah lain kerana pelakunya bukan calang-calang dan biasanya dalam kalangan mereka yang mempunyai ilmu dan kepakaran tinggi" katanya pada wawancara khas sempena persaraan beliau di Bukit Perdana, baru-baru ini.

Syed Ismail, 60, yang mula memegang jawatan sebagai Pengarah JSJK Bukit Aman pada 20 Oktober 2010, menganggap tugas menyiasat kes membabitkan jenayah siber dan komersial perlu dilakukan oleh pegawai kanan dan pegawai penyiasat yang turut mempunyai pengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat.

Wawancara Khas Sempena Persaraan Pengarah Jabatan Siasatan J 20140619
Wawancara Khas Sempena Persaraan Pengarah Jabatan Siasatan J 20140619
Wawancara Khas Sempena Persaraan Pengarah Jabatan Siasatan J 20140619
Wawancara Khas Sempena Persaraan Pengarah Jabatan Siasatan J 20140619
Wawancara Khas Sempena Persaraan Pengarah Jabatan Siasatan J 20140619
Wawancara Khas Sempena Persaraan Pengarah Jabatan Siasatan J 20140619

Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian, Sinar Harian, The Star, The Sun, China Press, Sin Chew Daily, Kwong Wah Yit Poh

ArticlePublished 19 Jun 2014 12.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM