Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Produk Tiada Kelulusan Kementerian Kesihatan Dirampas

Diterbitkan: 19 Jun 2014 12.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 29 Jan - Pasukan Gerakan Marin (PPM) Tawau merampas produk kecantikan dan makanan yang tiada sijil kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menjalankan Op Paradise di Jeti..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/produk-tiada-kelulusan-kementerian-kesihatan-dirampas-20140619
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:56 MYT

Tawau, 29 Jan - Pasukan Gerakan Marin (PPM) Tawau merampas produk kecantikan dan makanan yang tiada sijil kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menjalankan Op Paradise di Jeti Barter Trade Tawau awal pagi semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad bin Madun berkata barangan tersebut dijumpai di ruang kargo sebuah bot Barter Trade yang baru sampai dari Nunukan, Indonesia.

"Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa jumlah buku sabun Pulanna skin whitening, botol kicap jawa Cap kelapa dan botol Saus Cabe Sumber Baru yang tiada kelulusan daripada KKM untuk di import".

"Manakala kicap dan sos didapati tiada label pengimportan dari Kementerian Kesihatan dan tiada sebarang tangkapan dijalankan semasa pemeriksaan dijalankan, "katanya lagi.

Mohamad berkata jumlah barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM14,654. Semua barang tersebut dirampas dan masing-masing disiasat di bawah Akta Farmasi dan Akta Makanan 1983 serta diserahkan kepada KKM dan Jabatan Farmasi untuk tindakan selanjutnya.

Produk Tiada Kelulusan Kementerian Kesihatan Dirampas
Sumber : Pasukan Polis Marin Tawau

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 12.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM