Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Wawancara Balai League Table

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman - 9 Jun 2010. YDH SAC Shamsiah bt Mohd Shariff telah menerima kunjungan daripada beberapa wartawan iaitu daripada New Straits Times (NST), Utusan Malaysia dan RTM di Tingkat 16, Menara 2, B..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wawancara-balai-league-table
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:01 MYT

Bukit Aman - 9 Jun 2010. YDH SAC Shamsiah bt Mohd Shariff, Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidik  dan Pembangunan) telah menerima kunjungan daripada beberapa wartawan iaitu daripada New Straits Times (NST), Utusan Malaysia dan RTM di Tingkat 16, Menara 2, Bukit Aman.

Hadir sama dalam wawancara itu ialah Penguasa Perhubungan Awam, Superintendan Rasdi bin Ramli.

Wawancara sekitar setengah jam itu adalah berkisar tentang latar belakang Balai League Table (BLT). Umumnya, Balai League Table (BLT) bertujuan untuk memenuhi salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara iaitu mengurangkan kadar jenayah indeks. Selain itu, perlaksanaan BLT juga bagi membolehkan kerajaan meningkatkan prestasi pencapaian balai-balai polis sebagai formasi barisan hadapan dalam menangani perlakuan jenayah bagi mewujudkan kesejahteraan rakyat.

Penilaian balai-balai seluruh Malaysia akan dinilai mengikut tahap pencapaian dalam setiap empat bulan. Penilaian bagi dua peringkat adalah berasaskan dua indikator iaitu:-

i. Jumlah Jenayah Indeks per 10,000 populasi.

ii. Peratus penambahbaikan yang dibuat dalam menurunkan kadar jenayah dalam bulan
    seterusnya.

Keseluruhannya, sebanyak 753 buah balai seluruh Malaysia akan terlibat dalam pelaksanaan BLT. Kesemua balai-balai tersebut akan dibahagikan kepada 5 kategori yang sedia ada iaitu balai kategori A, B, C, D dan E. Balai-balai terlibat akan bertanding dalam kategori masing-masing.

Kategori A - 63 Balai

Kategori B - 89 Balai

Kategori C - 116 Balai

Kategori D - 261 Balai

Kategori E - 224 Balai

"Persaingan ini harus membantu pengurus-pengurus samada PJP/KP, KPD atau KPB menilai strategi-strategi pencegahan jenayah dan sentiasa membuat penambahbaikan kepada langkah-langkah ke arah kecemerlangan balai dan menentukan keselamatan serta kesejahteraan rakyat" oleh YDH SAC Shamsiah mengakhiri wawancara petang ini.

Wawancara Balai League Table
YDH SAC Shamsiah ketika diwawancara...

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM