Watak Di Sebalik Tabir Pengoperasian Pdrm
Shah Alam , 15 Sept - "Jabatan Logistik ini jika diumpamakan adalah 'watak yang bergerak di belakang tabir' kepada segala pengoperasian PDRM dan dalam erti kata lain memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kelancaran penugasan dan perkhidmatan kepada masyarakat sebaik mungkin," ujar YDH CP Dato Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM dalam ucapannya sempena Majlis Perjumpaan Aidilfitri Jabatan Logistik di Kompleks SMS PDRM, hari ini.
Beliau turut berterima kasih kepada syarikat-syarikat sektor swasta yang selama ini telah banyak membantu PDRM memberikan perkhidmatan dan pembekalan peralatan kepada pasukan selama ini.
"Saya yakin jalinan 'win-win situation' PDRM dengan mereka ini akan bertambah baik dan pada masa yang sama akan meletakkan nama pasukan PDRM ke peringkat yang lebih tinggi di mata masyarakat," tambahnya lagi.
Dalam pada itu majlis yang bermula sekitar 1 petang ini turut dihadiri oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri dan kehadiran artis-artis jemputan turut memeriahkan perjalanan majlis pada hari ini.
Turut hadir, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN, YDH DCP Dato' Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia, YDH DCP Dato' Zubaidah binti Md. Ismail, Timbalan Pengarah I Jabatan Logistik, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.

Ketibaan YDH CP Dato Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM di majlis.

Ketibaan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri..

Kehadiran para tetamu jemputan..

Warga-warga PDRM dan PERKEP yang hadir memeriahkan majlis pada hari ini.

CERIA...'Orang Kuat' Jabatan Logistik..

Antara yang hadir pada majlis hari ini.

Ucapan daripada YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM.

Kehadiran YDH Ketua Polis Negara turut memeriahkan majlis..

Y.Bhg Puan Hajah Suriati, isteri YDH Ketua Polis Negara turut hadir..


Hadirin-hadirin menjamu selera..


YDH Ketua Polis Negara sempat beramah mesra dan bergambar kenangan bersama tetamu-tetamu yang hadir..
Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Mohd Helmi
Penyunting : Sjn. Zaiddin bin Dahalan