Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Watak Di Sebalik Tabir Pengoperasian Pdrm

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Jabatan Logistik ini jika diumpamakan adalah 'watak yang bergerak di belakang tabir' kepada segala pengoperasian PDRM dan dalam erti kata lain memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kela..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/watak-di-sebalik-tabir-pengoperasian-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:03 MYT

Shah Alam , 15 Sept - "Jabatan Logistik ini jika diumpamakan adalah 'watak yang bergerak di belakang tabir' kepada segala pengoperasian PDRM dan dalam erti kata lain memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kelancaran penugasan dan perkhidmatan kepada masyarakat sebaik mungkin," ujar YDH CP Dato Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM dalam ucapannya sempena Majlis Perjumpaan Aidilfitri Jabatan Logistik di Kompleks SMS PDRM, hari ini.


Beliau turut berterima kasih kepada syarikat-syarikat sektor swasta yang selama ini telah banyak membantu PDRM memberikan perkhidmatan dan pembekalan peralatan kepada pasukan selama ini.


"Saya yakin jalinan 'win-win situation' PDRM dengan mereka ini akan bertambah baik dan pada masa yang sama akan meletakkan nama pasukan PDRM ke peringkat yang lebih tinggi di mata masyarakat," tambahnya lagi.


Dalam pada itu majlis yang bermula sekitar 1 petang ini turut dihadiri oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri dan kehadiran artis-artis jemputan turut memeriahkan perjalanan majlis pada hari ini.


Turut hadir, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN, YDH DCP Dato' Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia, YDH DCP Dato' Zubaidah binti Md. Ismail, Timbalan Pengarah I Jabatan Logistik, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.


Watak Di Sebalik Tabir Pengoperasian Pdrm
Ketibaan YDH CP Dato Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM di majlis.

Watak Di Sebalik Tabir Pengoperasian Pdrm
Ketibaan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri..

Watak Di Sebalik Tabir Pengoperasian Pdrm
Kehadiran para tetamu jemputan..

Watak Di Sebalik Tabir Pengoperasian Pdrm
Warga-warga PDRM dan PERKEP yang hadir memeriahkan majlis pada hari ini.

Watak Di Sebalik Tabir Pengoperasian Pdrm
CERIA...'Orang Kuat' Jabatan Logistik..

Watak Di Sebalik Tabir Pengoperasian Pdrm
Antara yang hadir pada majlis hari ini.

Watak Di Sebalik Tabir Pengoperasian Pdrm
Ucapan daripada YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM.

Watak Di Sebalik Tabir Pengoperasian Pdrm
Kehadiran YDH Ketua Polis Negara turut memeriahkan majlis..

Watak Di Sebalik Tabir Pengoperasian Pdrm
Y.Bhg Puan Hajah Suriati, isteri YDH Ketua Polis Negara turut hadir..

Watak Di Sebalik Tabir Pengoperasian Pdrm
Watak Di Sebalik Tabir Pengoperasian Pdrm
Hadirin-hadirin menjamu selera..

Watak Di Sebalik Tabir Pengoperasian Pdrm
Watak Di Sebalik Tabir Pengoperasian Pdrm
YDH Ketua Polis Negara sempat beramah mesra dan bergambar kenangan bersama tetamu-tetamu yang hadir..


Wartawan      :    L/Kpl Irfan bin Bujang    
Jurufoto        :    L/Kpl Mohd Helmi
Penyunting    :    Sjn. Zaiddin bin Dahalan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM