Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waspada Menjual Dalam Talian

Published: 05 Feb 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Anda menjual barangan secara dalam talian? Sedarkah, anda mungkin ditipu sindiket dengan membayar menggunakan wang palsu Polls mengesan sindiket ini yang menggunakan wang palsu untuk membayar barangan yang dibeli secara dalam talian. Selain itu, sindiket turut mencari mangsa di laman sesawang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waspada-menjual-dalam-talian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:38 MYT

Anda menjual barangan secara dalam talian? Sedarkah, anda mungkin ditipu sindiket dengan membayar menggunakan wang palsu

Polls mengesan sindiket ini yang menggunakan wang palsu untuk membayar barangan yang dibeli secara dalam talian. Selain itu, sindiket turut mencari mangsa di laman sesawang. 

Sindiket yang bergerak secara berkumpulan itu dikatakan turut pakar dalam memproses wang palsu seakan sama dengan yang asli.

Modus operandi yang digunakan adalah dengan menyasarkan individu yang menjual barangan seperti telefon bimbit di laman sesawang dan membuat janji temu di sesuatu kawasan. 

Selepas berpuas hati dengan barangan yang dijual (seperti teiefon bimbit itu), sindiket akan membayarnya dengan menggunakan wang palsu. 

Polis menasihatkan supaya mangsa perlu berwaspada, selain mengarahkan pembeli untuk membayar di mesin ATM. Ini berikutan, wang palsu boleh dikesan oleh bank, sekali gus mangsa tidak boleh diperdaya oleh sindiket berkenaan. 

Baru-baru ini, polis menumpaskan sindiket yang menjalankan kegiatan itu selepas menahan tiga lelaki di sekitar Cheras dan Brickfields serta berjaya merampas 20 keping wang RM100 dan dua keping wang RM50 yang dipercayai palsu, kerambit dan empat teiefon bimbit dipercayai dibeli secara dalam talian. 

Turut dirampas, dua unit penyembur cat, 50 helai kertas A4 tertera wang RM50 yang baru diproses, alat pengesan wang, pengering rambut, komputer riba serta peralatan memotong keratan wang palsu. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan. 

Sumber: Berita Harian

ArticlePublished 05 Feb 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM