Hanya pacak sebuah khemah, dilengkapi sebuah generator, berdindingkan zink buruk, ia menjadi tumpuan 31 individu melampias kemaruk judi dalam sebuah kebun sayur di Chandan Desa, semalam.
Seorang lelaki OKU yang berusia 64 tahun turut ditahan bersama tiga pengunjung wanita ketika sedang leka berjudi.
Serbuan kira-kira jam 3.30 petang oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak berjaya membolosi kawasan terbabit dengan menahan seorang penjaga berusia 60 tahun yang mengawasi kehadiran polis di pintu utama laluan.
Sebanyak 547 keping cip berwarna dianggarkan bernilai RM6580 dan wang tunai berjumlah RM27,130 berjaya dirampas dalam serbuan tersebut.
Kesemua kaki judi terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk siasatan di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Sumber: Sinar Harian
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Wanita Oku Dicekup Judi
Hanya pacak sebuah khemah, dilengkapi sebuah generator, berdindingkan zink buruk, ia menjadi tumpuan 31 individu melampias kemaruk judi dalam sebuah kebun sayur di Chandan Desa, semalam.
Seorang lelaki OKU yang berusia 64 tahun turut ditahan bersama tiga pengunjung wanita ketika sedang leka berjudi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-oku-dicekup-judi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.