Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Warga Singapura Ditahan Dipercayai Edar Dadah Ke Republik It

Published: 17 Jun 2014 3.07 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Dadah ini dianggar boleh dibekalkan kepada 5,850 orang penagih,' kata Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dalam satu sidang akhbar di sini hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-singapura-ditahan-dipercayai-edar-dadah-ke-republik-it
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:50 MYT

Johor Bahru, 22 April- Seorang lelaki Singapura ditahan minggu lepas kerana dipercayai mengedardadah ke republik itu.

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah hotel disini dan polis menemui 770 gram disyaki ekstasi bernilai RM210,000 dan 400 gramdisyaki ketamin bernilai RM40,000.

"Dadah ini dianggar boleh dibekalkan kepada 5,850 orang penagih," kata Ketua Polis Johor, DCPDatuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki bujang yang tidak mempunyaipekerjaan tetap itu turut mempunyai rekod lampau berkaitan Seksyen 39B AktaDadah Berbahaya 1952 dan ujian air kencing ke atasnya didapati positif syabu.

Suspek kini direman sehingga Khamis bagi membantusiasatan di bawah Seksyen 39B dan Seskyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 sertaSeksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988. Polis sedangmengesan kemungkinan terdapat suspek lain yang terlibat. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 3.07 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM