Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Warga Rohingya Di Malaysia Pengaruhi Pelarian Masuk Ke Negara Ini

Published: 28 May 2015 10.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Wang Kelian, 28 Mei - Terdapat warga Rohingya di Malaysia yang mempengaruhi pelarian Rohingya di negara asal untuk datang ke negara ini, demikian menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-rohingya-di-malaysia-pengaruhi-pelarian-masuk-ke-negara-ini
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:16 MYT


Wang Kelian, 28 Mei - Terdapat warga Rohingya di Malaysia yang mempengaruhi pelarian Rohingya di negara asal untuk datang ke negara ini, demikian menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata kebanyakan mereka memainkan peranan aktif selama 15 hingga 20 tahun, dan mempunyai kenalan serta saudara mara di negara asal yang diajak mereka untuk masuk bekerja di Malaysia.

"Kami telah menahan sejumlah warga Rohingya yang tinggal di Malaysia, dan mereka ini, berdasarkan maklumat yang kami terima, telah mengajak yang lain datang bekerja di Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa setakat ini hanya dua anggota polis ditahan dan disyaki terbabit dengan aktiviti penyeludupan.

Noor Rashid tiba di sini hari ini untuk melawat Martek Op Wawasan di sini.

- BERNAMA

ArticlePublished 28 May 2015 10.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM